Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Saturday, September 22, 2012

Aku Tak Suka

Seriusnya, aku tak suka bila orang cakap "yelah, aku ni sape..lainlah kau..bla bla bla.." atau "yelah, kau tu bakal cikgu. aku ni sekadar di pinggiran je watdeheck#@$#$%^&*".. SERIUS. Aku tak suka orang cakap macam tu sebab aku rasa benda tu macam sarcasm. macam sedang memperli aku dengan cara tersirat. macam orang tu cuba nak sampaikan begini "eleh..setakat orang macam kau apa nak heran." tapi dengan cara yang lain. oh kemon..jangan cuba nak pancing aku dengan ayat sebegitu sebab aku akan sentap. sentap sebab aku punya banyak alasan untuk menyentap.

1. Aku Huduh

oke bunyinya macam kejam sangat tapi aku nak tulis aku tak lawa ekceli. ya aku bersyukur aku lahir tanpa cacat cela TAPI aku bukanlah kategori wanita yang apabila lelaki tengok akan pandang 16x sampai boleh terlanggar tiang atau eksiden motor tatkala aku melintas jalan. NEHI. so jangan nak membandingkan diri anda yang kononnya serba kekurangan itu dengan aku. Lebih-lebih lagi lelaki yang nak usha (konon) pastu aku wat dek pastu buat ayat mintak penampar "yelah..kite tak lawa..awak tu dah la cantik, lawa, bla bla bla.." !@#$%^&*(!

kalau muka aku camni mungkin lori balak pon boleh eksiden tatkala aku menahan pemandunya di tengah malam buta


2. Aku Tak Pandai

Jika anda TIDAK berkesempatan masuk ke universitas atau tidak berpeluang melanjutkan pelajaran, tidak perlulah rasanya membandingkan diri anda dengan saya sebab saya ini nama sahaja budak U tapi saya tak berapa pandai. saya bukan budak dean list. Dahlah tak lawa, bodoh pulak tu. Sedih. Paling tak suka bila orang cakap "yelah..kau kan cikgu.." Hoi aku bukan cikgu tapi bakal cikgu. itu bukan ayat mendoakan tapi lebih kepada memerli. Plus aku tak bercita-cita nak jadi cikgu so mungkin itu pasal aku tak bangga bila kena panggil cikgu. "Habis tu nape kau masuk UPSI?" itu lain kali aku cerita.


Puteri bunian yang cantik dan bijak bestari macam kamus besta. Adorable Hanis Zalikha. 


a doctor to be. Fatin Liyana


3. Aku Kuajaq

Atau dalam bahasa sopan, kurang bersopan santun. Yeah, aku tak reti nak bersopan santun. Bukanlah tak reti langsung tapi dalam situasi tertentu je aku bersopan. Kalau orang wat taik dengan aku, siaplah kau kena maki. Terutama kalau kat jalanraya tu, ada pemandu cam harromm buat road bully kat aku (yeah aku pandu cam kura-kura haruslah kena road bully), nak je aku bagi middle finger. Macam semalam masa nak gi umah lecturer aku, member aku driving, lori kat belakang gi hon-hon. orang bagi laluan tak nak potong. korang paham kan orang baru dapat lesen ni drive cane. memang la a bit funny tapi jangan la wat orang camtu. nak je aku bagi middle finger kat dia tapi memandangkan semua kat dalam keta tu muslimah so aku kena la berhemah. kalau keta tu tinted gelap maut tadi harus aku keluarkan tangan sahaja dan jerit "F**K OFF" kat pemandu tu. kat traffic light pemandu tu lalu sebelah kitorang sambil gelak-gelak. time tu jugak aku sumpah lori dia terbalik. tapi setakat ni takde lak berita dengar ada lori terbalik. mungkin mulut aku tak masin.

sebenarnya banyak lagi aku nak tulis weh. tetiba black out lak kepala ni sebab aku kepam entri ni kat draf untuk beberapa jam sebelum sambung taip balik. aku dapat idea tulis entri ni masa tengah berwudhuk. BOLEHH?? aku taip separuh pastu solat pastu tengok movie pastu sambung taip balik. grrrr.. sekarang aku taktau nak tulis apa dah. nasib korang la baca entri takde motif. -_-' kbai