Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Saturday, May 19, 2012

Di atas Normal

Pernah tak kau rasa, tiba-tiba kau teringat 'dia'. Dia yang dah lama kau ingat kau dah lupakan. Semua secara tiba-tiba. Tanpa ada kau sms, tanpa ada kau stalk profile FB dia. Perasaan tu macam kau bangun pagi, dan tiba-tiba 'kenapa aku rindu dia?' Aduh ini perasaan kadang-kadang di atas normal. Kaki di kepala, kepala di kaki. Gila kan?

Adik aku pernah cakap, lagu 'tak mungkin kerana sayang' tu lagu orang hipokrit. kalau kau tak sayang buat apa kau kenang, ye tak? Aku rasa ini perasaan yang aku alami sekarang. "kau telah jauh, jauh dariku, tiada ruang di hati buatmu, namun harus ku akui, ada ketika di minda kau menjelma kembali.." puihh!! gila jiwang.

aku pun tak tau la kenapa dengan aku ni kan. Hari tu entah kenapa aku boleh ingat pulak kata-kata dia kat aku dulu. aku pernah cakap kat dia, "kau dah kunci hati aku'" (oke aku tau ini ayat bodoh jiwang budak umo 16 tahun.) pastu dia jawab "aku dah buang anak kunci tu jauh-jauh dalam sungai. biar takde orang jumpa. biar takde orang boleh bukak hati kau selain aku." macam tu lah bunyik ayat dia walaupun bukan sebijik-sebijik macam tu yang dia cakap. aku rasa kadang-kadang apa yang dia cakap tu macam betul. aku tak boleh nak lupa dia 100%. bodoh kan? bukanlah aku tak boleh lupakan dia tu maksudnya aku masih nak dia balik kat aku. bukan. tapi aku rasa macam "kenapa kami putus? kenapa kami harus putus?" janji-janji kami dulu aku masih ingat sampai sekarang. dah 4 tahun kot kami putus. dan kalau kami masih kapel hubungan kami dah cecah 6 tahun dah. kalau kawen mesti anak dah 3 orang (kalau spesis produktif la).

'dia' dah ada orang lain, aku pon dah ada pengganti dia. aku dah teruskan hidup. walaupun selama setahun selepas kami putus aku rasa macam di awang-awangan. bangun pagi nangis, nak tido nangis. sangat bodoh. tapi alhamdulillah aku tak bunuh diri. paling awesome bila aku boleh senyum (fake) bila dia kenalkan aku dengan gf dia. sakit oke. tapi aku teruskan hidup tanpa berharap aku akan jumpa pengganti dia. masa tu aku hanya fikir kalau aku takde bf sampai bila-bila, aku mintak je mak ayah aku carikan calon suami untuk aku. senang cer.

mungkin sebab terlalu terkesan dengan kesakitan-kesakitan lalu tu lah yang buat aku ingat dia. tak sangka chenta seorang budak hingusan umo 16 tahun terkesan sampai sekarang. and kalau kami masih kapel, mungkin kami study sama-sama sekarang. dulu masa aku form 4, dia umo 19 (diploma). dia nak tunggu aku habis sekolah, pastu kitorang plan sambung degree sesama. aduh kenangan tu..please la kenapa aku takleh stop ney.


*huh

Tuesday, May 15, 2012

Hambar

Pergh tajuk aku macam cerpen sepi menanti si dia yang tak kembali. HAMBAR gittewww.. Kalau tajuk novel mesti bajet cer sedey-sedey tangkap nangis srot sret srot sret hingus kan. Tak pun cerita chenta yang bertahun-tahun bahagia hujung-hujung rasa hambar, tawar, takde seri. Oh mengapakah?

Pernahkah anda berada dalam situasi ; anda dah ada pakwe/makwe, kapel dah lama, masing-masing dah kenal sangat diri masing-masing sampai sampai kalau kau nak buang hingus ke nak kentut ke depan dia kau dah tak rasa malu. Kau nampak dia main bola sikit punya chantek jaring gol tapi kau dah tak rasa "ahhhh hensemnya pakwe akuu~!! ahhh hebatnya diaa~!! ahhh i'm your no 1 fan~!!!!"

Pernahkah?

Aku pernah eh ada kawan-kawan aku yang pernah mengalaminya. Lalu terjadilah perkara seperti : your classmate admire kat kau pastu selalu chat dekat FB atas alasan nak tanya keja tanya itu tanya ini (bukan personal) pastu lama-lama pandai keluar sama teman gi makan gi pekan gi library. Pastu bila kau nampak dia dari jauh kau sengih dengan lebarnya. Bila dia tegur kau, kau blushing seblushing blushingnya. Adusss perasaan itu sangat indah sebab kau dah lama tak rasa dup dap dup dap bila kau nampak bf / gf kau. Perasaan itu indah bila kau dapat sms dia pagi-pagi buta wish good morning sebab kapel kau dah lama tak sms kau wish gud morning macam mula-mula berchenta dulu. Perasaan itu indah bila dia caring dengan kau bagitau "jangan lupa makan oke" sebab kapel kau dah lama tak tunjuk caring tanya kau dah makan ke, dah mandi ke bla bla bla. Serba-serbinya indah. Sampai satu tahap kau rasa kau dah tersuka dia sebab dia suwiittt sangat. Sampai kau fikir mungkin itulah penamat kisah chenta kau dengan kapel kau sebab kau dah jumpa the right person yang boleh buat kau happy.

TAPI

Bila kau dah mula menjebakkan diri dalam kecurangan dan simpan kekasih gelap (tak putus dengan kapel pertama sebab takde alasan munasabah nak mintak putus), kau rasa ada sesuatu yang hilang. Kau rasa kau tak bebas jadi diri kau. Kau nak menguap besar-besar pun kau malu sebab si skandal kau suka kat kau sebab dia ingat kau ayu (dia nampak kau pertama kali masa perkenalkan diri dalam kelas *lecturer suruh. memanglah bajet ayu cakap depan kelas kan). Kau nak gelak kuat-kuat pon tak boleh sebab si skandal akan buat muka annoying (yelah sebab masa mula-mula kenal gelak pon tutup mulut kan). Serba-serbi kau buat rasa canggung. Rasa bukan diri kau sebenar. Then baru kau sadarr yang kesuwitan (kemanisan) yang kau rasa tu hanya perasaan sementara. Temporary storage feeling gitteww.

Masa tu baru tersedar dari mimpi dan angan-angan sindarela, bahawasanya kemanisan yang kau rasa itu adalah tipu semata. Kau tertipu dengan perasaan kau sendiri. Kau dah lama tak rasa ada orang caring dekat kau, sebab hubungan chenta yang lama terjalin tidak memungkinkan seseorang betah untuk mengucapkan "Selamat Pagi Chenta" selama 5 tahun berturut-turut tanpa jelak. Lalu bila orang buat macam tu, kau terus rasa kau jatuh chenta. Walhal kau hanya suka layanan itu, bukan orangnya. Lalu kau menyesal. Kau sedar yang kau hanya sayang dekat kapel kau ; orang yang boleh terima kau seadanya, orang yang boleh kau jawab panggilan 3G nya tanpa basuh muka di pagi hari, orang yang boleh kau ketuk kepalanya bila dia buat lawak bangang.

Perasaan hambar tu ternyata menipu. Tapi ternyata juga percintaan yang terlalu lama itu buat kita rasa bosan. Mungkin cara yang terbaik mengelakkan rasa bosan selepas kahwin ialah dengan bercinta kejap pastu terus kawin. "Habis yang dah berchenta lama ney cane pulak?" hah yang tu kau putus dulu. Bila dia masuk meminang baru declare balik. Boleh?

Friday, May 11, 2012

IMY..Jesselton

Menghitung hari detik demi detik bila aku nak balik Kota Kinabalu kotarayaku. Aku skip je buat-buat tak tau bahawasanya sebelum aku balik tu aku kena hadap final exam. -..-' Semangat gilo nak balik nak jumpa family and kawan2 terchenta. Inilah padahnya apabila cuti midsem yang lalu aku tak balik KK. Padan muka. Bajet la macam aku tinggal oversea balik rumah setahun 2 kali. cehh. Oh ya tapi aku bersyukur aja la sebab ada orang lain masa raya pon tak balik. Kesian woo..

Aku dah plan dah dalam palaotak aku ney nak buat apa masa cuti nanti. Tahun lepas (bulan May-Sep) cuti sangat panjang so aku boleh la kerja. Sem ni, dengan cuti yang tak berapa nak panjang, pastu bulan Julai dah nak puasa, lupakan sahajalah niat untuk bekerja. Tak kuasa ayah aku nak amek aku kat tempat keja tengah2 orang nak terawih.

Cuti sem lepas (Januari) sangat singkat, sebulan je. Tak menyempat nak berjimba dengan gurfrengss. Ada la jugak hang out jap kan tapi setakat meronda di kotarayaku apalah sangat. Balik2 bangunan, jalanraya, waterfall, waterfront. Rindu pulak aku nak gi pulau. Pastu nak gi petik stroberi (aku tak penah buat ni sepanjang hidup sobs sobs) pastu nak gi mandi kolam air panas (tak penah pegi gak T_T). Lagi best sebab cuti nanti my bestie bawa 'kawannn' dia blk KK so aku kena jadi tour guide bawak diorang jalan2. My bestie tak boleh harap dia tak tau jalan kat KK LOL.

picture taken in ETS @ Ipoh KTM Station. Si photographer itu bestie saya dan yang ambil gambar kami ialah orang yang akan ke Sabah. *nicekandispic


Oke so so saya telah pon memplan apakah yang harus saya lakukan ketika cuti nanti.

First. 

Pegi Kundasang. Percaya atau tidak cuti sem Januari lepas adalah kali pertama aku jalan-jalan kat Kundasang. Dah la masa tu hujan, kesian gila tak dapat gi ladang stroberi.  Amek gambar pon semua bajet kat New Zealand sebab kabus je memanjang. Kali ney kalau boleh aku nak bermalam sekali. Baru syok. Harap2 ada bajet lebih. hewhewhew

Perkasa Hotel Resorts & Spa. Duhh bestnya stay kat sini.

Kalau dah bermalam boleh la gi Poring sekali. mandi air panas. Pastu gi ladang stroberi, ladang ros, ladang lembu susu. Hari tu dah pegi dah ladang lembu hitam putih tu tapi tak masuk kat dalam. Amek gambo kat luar je. Dasar kedekut tak mau masuk kalau bayar. LOL

mana lembunya?


Second.


Pulau Manukan. Sebelum masuk UPSI dulu aku dah berjimba kat sini. Best woo.. air jernih, pantai putih, awek berbikini. Eh? Mungkin itu untuk lelaki. 



Third.

google

Rumah Terbalik. Ini tempat baru lagi ekceli. So tak malu sangat la kalau aku tak penah pegi. oh ya btw bestie aku punya kawan tu nak sangat gi sini. so maybe boleh la ajak dia sekali (wah aku sangat baik hati). Harap-harap tak sesat la. Kawan aku yang kat KK pon mana penah gi tempat ney. LOL




Oke tu je lah senarai aku nak berholiday. Kalau nak melancong sampai ke Tawau and Sandakan tu malas la pulak nak naik keta kan. Kalau naik katerbang takde promotion tiket lak. Sebenarnya banyak lagi tempat nak pegi tapi bajet je yang menyekat keinginan. kahhh! Nanti pas aku dah gi berjimba aku hapdate k? (macam orang nak baca sangat ko gi mana kan).


Tuesday, May 8, 2012

Selamat Hari Tua



Ya hari tuaku. Sudah menjangkau usia 22 tahun tapi terasa diriku ini masih berumur 19 tahun. Usia sahaja yang bertambah tapi kematangan di tahap itu juga. -_-' oke tamat cerita pasal kematangan. ni aku nak cer pasal befdayku yang ke22 ini yang ku sangka tidak ada orang yang teringin menyambutnya di Tg.Malim ini T_T


kad di atas ialah benda pertama yang aku rasa surprise sebab keluar dari bilik tengok kat pintu "eh, ehhhh...." tapi aku dah tau lah kan sape bagi. sebab dia sorang je rajin buat keja2 menggunting menampal melukis ni semua. 

inilah orangnya. RAFISYA ARIZA. Housemate and coursemate gua. dia yang edit pic tu. =)

eh..tapikan tapikan tapikan tadi aku cakap aku tak sangka ada orang sambut befday aku kan? ney apesal lak ada kek tetiba ni? beli untuk diri sendirikah? oh tidak sama sekali. ini sebenarnya kejutan ya. aku memang nak gi pekan hari tu dengan Fisya. nak gi bank..tapi memang niat nak menyinggah pizza hut dah. Pastu kitorang ajak sorang lagi housemate. Dah sampai pizza, si Fisya ni nak gi jumpa kawan kenkonon. Aku ni mati-matilah percaya. Tak syak langsung. Pergh betapa hatiku tegar tak kisah kalau orang tak sambut befday aku pon. kahhhh! pastu yang lawaknya, masa Fisya bawak masuk kek tu, boleh pulak aku nampak dia dulu (sepatutnya member sorang lagi yang kena nampak dulu so dia akan terus nyanyi pastu aku pon surprise la kononnya)..tapi masa aku nampak tu aku tercengang. aku tenung je dia bawa kek tu kat aku. HAHA macam vodo kot aku. Bila member sorang lagi nampak barulah diorang nyanyi. adoii malu lak aku. LOL.. nasib baik pizza tu takde orang sangat. 3 meja je berpenghuni (termasuk kitorang). kalau tak, kompem aku masuk bawah meja. 

inilah mastermindnya. memang superb la korang sampai aku tak syak langsung korang nak beli kek bagai. 

so dengan rasa terharu dan gembiranya aku nak ucapkan terima kasih korang yang susah2 je buat semua ney untuk aku. walaupon sebenarnya bulan lepas aku selalu cakap "bday aku nanti korang jangan lupa oke bla bla bla", tapi aku tak sangka la korang nak buat betul2. hewhewhew very the touching. 


motif letak print screen status FB??



Monday, May 7, 2012

Reborn

Assalamualaikum..

Yeah hai..ini first entri aku. Tapi bukan first blog. Kawan2 rapat yang pernah follow aku di blog lama, sila follow blog ini karena blog lama sudah dihapuskan. Faktor? Entah. Sesaja. Mungkin juga karena hari ini hari jadi aku, makanya aku reborn new blog (wah nak jugak mention dia befday kannnn)..

Well yeah..sudah 22 tahun aku hidup di muka bumi ini dan tahun ini merupakan tahun pertama aku menyambut harijadi dengan berjilbab. Makanya blog lama dihapuskan sebab malas nak delete gambar kat blog tu. kehkehkeh..

So what am I going to say? I guess for now, nothing. Nantilah kejap lagi aku update walaupon aku tau takde sape nak baca pon. saja suka2 SS nak mengupdate blog. Selagi ada mood, selagi itulah aku update. esok-esok kalau aku dah malas, 6 tahun sekali baru aku update. Kbai