Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Tuesday, May 15, 2012

Hambar

Pergh tajuk aku macam cerpen sepi menanti si dia yang tak kembali. HAMBAR gittewww.. Kalau tajuk novel mesti bajet cer sedey-sedey tangkap nangis srot sret srot sret hingus kan. Tak pun cerita chenta yang bertahun-tahun bahagia hujung-hujung rasa hambar, tawar, takde seri. Oh mengapakah?

Pernahkah anda berada dalam situasi ; anda dah ada pakwe/makwe, kapel dah lama, masing-masing dah kenal sangat diri masing-masing sampai sampai kalau kau nak buang hingus ke nak kentut ke depan dia kau dah tak rasa malu. Kau nampak dia main bola sikit punya chantek jaring gol tapi kau dah tak rasa "ahhhh hensemnya pakwe akuu~!! ahhh hebatnya diaa~!! ahhh i'm your no 1 fan~!!!!"

Pernahkah?

Aku pernah eh ada kawan-kawan aku yang pernah mengalaminya. Lalu terjadilah perkara seperti : your classmate admire kat kau pastu selalu chat dekat FB atas alasan nak tanya keja tanya itu tanya ini (bukan personal) pastu lama-lama pandai keluar sama teman gi makan gi pekan gi library. Pastu bila kau nampak dia dari jauh kau sengih dengan lebarnya. Bila dia tegur kau, kau blushing seblushing blushingnya. Adusss perasaan itu sangat indah sebab kau dah lama tak rasa dup dap dup dap bila kau nampak bf / gf kau. Perasaan itu indah bila kau dapat sms dia pagi-pagi buta wish good morning sebab kapel kau dah lama tak sms kau wish gud morning macam mula-mula berchenta dulu. Perasaan itu indah bila dia caring dengan kau bagitau "jangan lupa makan oke" sebab kapel kau dah lama tak tunjuk caring tanya kau dah makan ke, dah mandi ke bla bla bla. Serba-serbinya indah. Sampai satu tahap kau rasa kau dah tersuka dia sebab dia suwiittt sangat. Sampai kau fikir mungkin itulah penamat kisah chenta kau dengan kapel kau sebab kau dah jumpa the right person yang boleh buat kau happy.

TAPI

Bila kau dah mula menjebakkan diri dalam kecurangan dan simpan kekasih gelap (tak putus dengan kapel pertama sebab takde alasan munasabah nak mintak putus), kau rasa ada sesuatu yang hilang. Kau rasa kau tak bebas jadi diri kau. Kau nak menguap besar-besar pun kau malu sebab si skandal kau suka kat kau sebab dia ingat kau ayu (dia nampak kau pertama kali masa perkenalkan diri dalam kelas *lecturer suruh. memanglah bajet ayu cakap depan kelas kan). Kau nak gelak kuat-kuat pon tak boleh sebab si skandal akan buat muka annoying (yelah sebab masa mula-mula kenal gelak pon tutup mulut kan). Serba-serbi kau buat rasa canggung. Rasa bukan diri kau sebenar. Then baru kau sadarr yang kesuwitan (kemanisan) yang kau rasa tu hanya perasaan sementara. Temporary storage feeling gitteww.

Masa tu baru tersedar dari mimpi dan angan-angan sindarela, bahawasanya kemanisan yang kau rasa itu adalah tipu semata. Kau tertipu dengan perasaan kau sendiri. Kau dah lama tak rasa ada orang caring dekat kau, sebab hubungan chenta yang lama terjalin tidak memungkinkan seseorang betah untuk mengucapkan "Selamat Pagi Chenta" selama 5 tahun berturut-turut tanpa jelak. Lalu bila orang buat macam tu, kau terus rasa kau jatuh chenta. Walhal kau hanya suka layanan itu, bukan orangnya. Lalu kau menyesal. Kau sedar yang kau hanya sayang dekat kapel kau ; orang yang boleh terima kau seadanya, orang yang boleh kau jawab panggilan 3G nya tanpa basuh muka di pagi hari, orang yang boleh kau ketuk kepalanya bila dia buat lawak bangang.

Perasaan hambar tu ternyata menipu. Tapi ternyata juga percintaan yang terlalu lama itu buat kita rasa bosan. Mungkin cara yang terbaik mengelakkan rasa bosan selepas kahwin ialah dengan bercinta kejap pastu terus kawin. "Habis yang dah berchenta lama ney cane pulak?" hah yang tu kau putus dulu. Bila dia masuk meminang baru declare balik. Boleh?

No comments:

Post a Comment