Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Saturday, April 27, 2013

Perangai

Aku ada satu perangai buruk, yang daripada dulu, sampai sekarang, susah aku nak buang. yakni,



















dendam.

ni bukanlah macam dendam kesumat sampai nak bunuh orang. bukan. aku punya dendam ni macam, once orang tu buat taik dengan aku, aku akan ingat sampai bila-bila. even aku tak marah terang-terang pon tapi benda tu akan berbekas di hati sampai bila-bila. contoh orang tu buat something yang buat aku kecil hati, tapi aku tak cakap kat dia yang aku kecil hati (aku memang tak pernah cakap kat orang pon yang aku kecil hati kat orang berkenaan), dan lama-lama benda tu akan jadi benci. apatah lagi bila orang tu buat again and again and again.

aku tak tau kenapa aku susah nak lupakan. aku lebih senang sebenarnya maafkan kesalahan orang yang aku sound selamba badak. dan biasanya orang yang aku sound direct ni, aku takkan ingat pun kesalahan diorang untuk jangka masa panjang. aku siap boleh ungkit lagi kesalahan yang diorang buat tu sambil gelak-gelak. macam jadi bahan lawak la untuk memeriahkan suasana. contoh macam orang tu terpecahkan gelas kesayangan aku pastu aku marah dia masa tu jugak, lepas tu esok lusa benda tu aku lupa lah.

perangai aku yang suka dendam ni, cenderung kepada orang yang tak tahu dia buat salah. dia ingat dia je betul. dan dia tak muhasabah diri. salah aku jugak kot. aku tak pernah tegur secara jujur dan berani (berdepan).

dan sebab perangai aku ni jugak, aku tak suka 'kumpul' kawan. kalau ada sesiapa perasan, aku ni jenis yang kekal dengan kawan yang sama for a years. aku tak mudah tukar kawan semudah tukar roomate (kalau anda tinggal dalam kolej kediaman). sebab nak jaga perhubungan bagi aku susah. sebab once aku berkawan, aku akan jaga hati kawan tu baik-baik. berusaha untuk tak buat dia kecik hati.

so, yeah. inilah perangai aku dalam berkawan. aku buat entri ni untuk buat orang faham (kot). aku tak perfect dalam berkawan. aku tau kawan-kawan aku pun stress gak dengan aku kadang-kadang. tapi aku tak pernah, dengan sengaja, buat kawan aku terasa, dengan pergi KL bersama orang lain, padahal aku dah janji dengan kawan baik nak pergi KL sama-sama, hanya kerana 'orang lain' itu pergi KL naik kereta, dan kawan baik aku hanya naik bas.


sekian.


Friday, April 26, 2013

Berbahagialah anak murid jika mendapat cikgu seperti ini

Sudah lama aku tidak mengupdate blog ini. Cerita pasal Langkawi hari tu pun masih terbengkalai. ampunnn.. bukan takde masa, cuma malas. hah direct je aku mengaku kan. okay nanti aku cerita pasal Langkawi tu k tapi ni bagi aku cerita benda lain dulu.

setiap hari rabu aku ada kelas KPD. ni kelas mengajar la for information reader yang bukan budak seuniversitas ngan aku. so hari tu sesi makroteaching dijalankan seperti biasa, tapi tanpa kehadiran lecturer kesayangan kitorang. dia gi selia pelajar praktikum kot ntah aku tak amek tau. since dia takde dalam kelas, member pun bawa la kamera untuk rakam sesi makro teaching hari tu.

tapi kegunaan kamera bukanlah semata-mata untuk merakam sesi pengajaran, tetapi haruslah juga dimanfaatkan sebagai alat untuk mengabadikan kecomelan masing2 kahhhhh

so let me introduce you, to my party people, in da clubbbbbbbb..hahh!

ini bilik kuliah. aku takde dalam gambar. saja upload nak kenalkan korang kat Adi. dia masih single. nak tau mana satu Adi? tu yang muka serius macam mintak penampar. hahahaha


cikgu Adi tengah pegang buku espiem. oh ya yang menganga kat belakang tu cikgu Shan. hai shan.


yang muka beria-ia itu saya. sebelah saya yang pandang kamera itu Wana. yang tengah pegang tab itu Niza. yang baju biru kat belakang itu saiful aka mamu. weh mamu, ang tengah pandang sapa? 


masa ni dah habis kelas. saya ingat saya seorang saja yang suka kamera. tak sangka ramai yang suka juga. sampai ada yang nak sabotaj saya. -__-"


kan betul apa yang saya cakap.


Ini Wana. sem lepas, dia eksiden. so sekarang gi kelas dengan bantuan tongkat. untuk ambil gambar beramai-ramai, saya sediakan kerusi untuk dia. sweet kan saya. puiihhhhh


yang berdiri itu Norli. saya sukan kawan dengan dia sebab kadang-kadang dia macam takde perasaan. marah la dia camne pon, dia wat dekkkkkkkkkkkkk je. 

?


dan ini, kami semua, bakal chegu yang comel :p


jika anda terer sila teka apa yang saya sedang lakukan di dalam gambar mengikut turutan LOL




itu sahaja buat kali ini. maaf jika entri ini membuang masa kalian. hahaha (ayat aku terabur kejap guna aku kejap guna saya. ampun.)