Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Saturday, January 26, 2013

Percutian Bajet ke Pulau Langkawi Part II


selamat pagi. ini duta Grand Beach Motel. terima kasih.

Hari kedua di Pulau Langkawi. Hajat Fisya ingin mandi laut pagi itu tidak kesampaian sebab lambat bangun. Fisya kejut aku pukul 8am. Masa tu dia ngan Ika dah siap mandi. Aku dah terjaga sebenarnya masa Ika ngan Fisya dah bangun tu tapi aku malas nak bangkit sendiri. Tunggu orang kejut baru aku bangun gi mandi. Lepas mandi, sementara tunggu orang jemput nak gi Island Hopping, kitorang bekpes ala kadar kat bilik. Makan roti, biskut dan minum air mineral yang kitorang beli kat Petronas semalam. Abang driving datang ambil lebih kurang pukul 9am. memang itu masa yang dijanjikan masa Fisya ngan Ika tempah Island Hopping ni. Harga Island Hopping yang kami ambil ni RM25 seorang. Fisya ambil masa aku still kat LCCT. Mula-mula dia cakap ada Island Hopping harga RM30, nak ke tak. Tapi aku dah pernah nampak kat blog lain yang harga Island Hopping paling murah ialah RM25. So aku suruh Fisya cari yang tu. Alhamdulillah dapat.

Nama bot / ejen yang kitorang ikut tu Family. Masa masuk dalam van, terus dia bagi sticker yang ada nama bot diorang dan suruh kitorang lekat kat baju. Motifnya supaya senang diorang cam mana satu customer dorang. Kat jeti tu banyak bot. Takleh sesuka hati naik bot lain sebab pakej ambil dekat ejen berlainan. Tapi destinasi tetap sama. Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding dan Pulau Beras basah.


otw ke jeti





Destinasi pertama ialah Pulau Dayang Bunting. Kitorang kena drop kat situ selama 1 jam. Pastu kena berjalan kaki selama 10 minit untuk ke Tasik Dayang Bunting. Sepanjang perjalanan banyak sangat monyet. Ni aku dah tahu awal-awal sebab kat blog-blog orang yang dah pernah pi Tasik Dayang Bunting, semua warning pasal monyet yang suka dengan makanan ringan. Monyet-monyet ni taklah ganas cuma dia tertarik dengan beg plastik. Kalau kau melenggang dengan beg plastik yang penuh dengan makanan, kompem kena sambar. Air botol mineral pun tidak terkecuali. tapi sesetengah tourist tak kisah. Redha je diorang bagi makan kat monyet-monyet tu. Macam kagum gila diorang tengok monyet. Jem jalan gara-gara tourist amek gambar monyet. Nak tengok monyet gi Sepilok la woii. -_-'

monyet gendong baby. comel.



Sepanjang perjalanan ke Tasik Dayang Bunting tu, agak memenatkan jugak la sebab kena naik anak-anak tangga. Ada satu group pelancong Indo tu siap cakap cenggini "wah, kayak Batu Caves ini." aku tak pernah gi Batu Caves so aku tak tau cane. Tapi bagi orang yang tak tough macam aku, agak semput la. kena lagi orang dok berlenggang kat depan, memang aku rempuh je. 

Perjalanan ke Tasik Dayang Bunting memang berbaloi bila tengok pemandangan yang super awesome. Turun je dari bukit terus macam nampak secret garden. Tapi ni secret garden yang dah tak secret la. Masa kitorang sampai tasik, ramai dah omputeh yang mandi manda kat situ. Air dia sejuk je. Sedap betul masukkan kaki dalam tu. Kalau mandi pon mesti best gila tapi kitorang bertiga tak mandi la. Tengok orang mandi manda sambil rendam-rendam kaki je. Kalau korang nak mandi kat tasik ni tapi tak pandai berenang, jangan risau sebab diorang sewakan safety jacket. Kalau taknak sewa, bawa je safety jacket yang ada kat bot korang tu. Boleh je rasanya. Jangan memandai nak terjun tasik kalau tak pandai berenang sebab kat sini takde penyelamat. Pandai-pandai lah korang ye. Jangan cakap aku tak warning. 


chantek kan? eh eh bukan yang pakai bikini tu, pemandangan lah.



tengok gambar kitorang bertiga kat atas ni. Masa ni punyalah susah tak tau nak mintak tolong sapa ambil gambar kitorang bertiga sebab semua orang sibuk dengan hal masing-masing. Pastu kitorang ternampak lah kapel Arab / Pakistan ni just tengok-tengok pemandangan. So aku pun datang lah dekat dia.

Aku :  Hello can you take our pic..
Lelaki Arab / Pakistan : Boleh boleh.. (sambil senyum senyum)

HOIH MALUNYA AKU ORANG MALAYSIA RUPANYA!! Bini dia gelak-gelak dah. Patutlah masa mula-mula aku nampak kapel ni kat jeti, aku pelik dan agak kagum sebab pompuan 'Arab Pakistan' ni pakai tudung serkup. Yelah tudung serkup ni kan trademark Muslimah nusantara je. tak pernah aku tengok orang Arab ke, Pakistan ke, pakai tudung serkup tu. aku agak diorang ni orang Penang sebab slang BM dia bunyi utagha. Masa tu kalau aku ada bawak bikini spare mesti aku dah terjun tasik dah. wuwuwuuuuu

Lepas sejam kat situ, bot kitorang pun datang untuk hantar kitorang gi next destination iaitu eagle feeding. kat sini kitorang tak turun bot. kitorang tengok helang tu kena bagi makan je. pemandu bot akan buang sebaldi (ayam?) ke laut pastu tunggu la helang tu sambar. aku suka sebab aku tak pernah nampak helang. yoyo'o aku amek gambar macam photographer pro padahal.. -_-'


cuba kau bayangkan kalau ini burung hering. oh no.



Lepas bagi helang makan, kitorang gerak gi another pulau. Pulau Beras Basah. kat sini kitorang kena drop selama sejam gak. Aku agak bosan kat sini sebab takde buat apa pon. Orang lain semua mandi manda. Kitorang tengok-tengok pemandangan je lah. Kat sini pun boleh tahan banyak gak monyet dia. Tapi tak sebanyak macam kat Pulau Dayang Bunting. Monyet dia macam chipsmore. Kejap ada, kejad takda. Ni aku nak warning, kat sini takde toilet ye. Pandai-pandailah tahan kalau rasa nak membuang. Kalau korang mandi laut pandai-pandailah tahan rasa melekit kat badan tu sebab memang takde paip nak bersihkan badan. Kat Pulau Beras Basah ni, sape minat main parasailing atau banana boat, bolehlah cuba. harga tak tau berapa. tak terpikir lak nak tanya. hehe.

model tak berbayar


scenery

dah settle melawat ketiga-tiga tempat, kitorang pun pulang ke tanah besar Langkawi lebih kurang pukul 1.30pm. Masa kat jeti, akan ada dijual souvenier berbentuk piring, yang ada gambar korang kat atas piring tu. Gambar tu diorang ambil masa pagi-pagi korang lalu jeti tu. Kalau kena gambar candid nasib lah kan. macam muka aku yang huduh kena gambar candid. so aku tak beli la piring tu. Fisya ngan Ika je beli. RM10 je harga dia. so tips dari aku, kalau lalu jeti sebelum buat island hopping sila buat muka comel oke.

van yang sama hantar kitorang balik motel. kitorang singgah motel kejap je, pastu keluar semula dengan agenda lain. stay tuned.






Thursday, January 24, 2013

Percutian Bajet ke Pulau Langkawi Part I


Salam..

hari tu aku gi Langkawi dengan Fisya dan Ika. Ika ni budak UPSI gak. ex-housemate ngan Fisya. kitorang pergi sepatutnyan selama 3 hari 2 malam. tapi aku berada di sana hanya selama 2 hari 2 malam. why the because? the because is flight aku pukul 7.25pm. Fisya ngan Ika pergi dulu. flight diorang tengahari. sebab kenapa flight asing-asing, sebab ni tiket promo Air Asia RM19. Fisya yang tolong book. aku lambat bagi details so seat habis. terpaksa amek tiket malam. tiket ni kena book dari tahun 2011 lagi. LOL

dah alang-alang Fisya ngan Ika sampai dulu, diorang la yang uruskan hal-hal berbangkit macam keta sewa dan motel. dah booking awal-awal dah pon. tinggal tunggu kereta kat airport dan terus ke motel untuk check in. Kereta sewa ni aku yang tolong cari. alah kat internet je pon. sesudah puas mengcompare harga dengan yang lain, aku decide pilih kereta Kelisa auto dengan harga RM60 sehari (24 jam) kat Teluk Holidays. aku bank in deposit RM50 dulu, pastu sampai Langkawi, Fisya bayar RM120 untuk 48 jam tempoh masa kereta disewa. RM50 tu dia akan pulangkan masa pulangkan keta nanti.

Motel pulak, memandangkan kitorang book last minute (aku punya pasallah ni lambat decide), kitorang terpaksa pilih budget room yang takde aircond untuk RM50 semalam. Muat untuk 3 orang. Kitorang book kat Grand Beach Motel. yang ni pon kitorang bagi deposit RM50 dulu. dah check out baru dia pulangkan duit.

aku sampai Langkawi dalam pukul 9pm. Fisya ngan Ika ambil aku, pastu kitorang terus gi Dataran Lang. dalam 20 minit la Dataran Lang dari airport. tu pun kalau tak sesatlah macam kami. ngeh. motif gi Dataran Lang malam-malam ni sebab kami nak jimatkan masa. takut tak sempat dah nak gi sini esok. al-maklum masa kami sangat terhad. Lepas gi Dataran Lang terus balik ke Pantai Cenang tempat kami menginap. Perut pun dah lapar. so kami makan kat restoran Haji apa entah lupa pulak nama dia. Restoran tu betul-betul depan motel kami. makanan kat restoran ni agak mahal la bagi student macam kitorang. aku makan nasi goreng kampung ngan air sirap limau, RM8 ke RM8.50 aku lupa tapi lebih kurang macam tu la harga dia. Makanan pun boleh laa. Tapi untuk datang kali kedua, nehi.

kiri : air aku.
atas : makanan aku, nasi goreng kampung.
bawah : kuew tiaw goreng. Fisya punya.



i believe i can felyyy



Lepas makan, balik motel, mandi, tidur. Esok paginya adalah hari yang memenatkan. Stay tuned. 



Sunday, January 13, 2013

Oh Genting


salam..

sekarang ni musim exam. jadi aku pon rajin sikit la menelaah kan. tapi memandangkan namanya aku pon rajin SIKIT, aku pon cepat bosan ngadap buku lama-lama. pastu aku kemas-kemas la meja aku yang bersepah dengan kertas-kertas yang kononnya nota kuliah tapi aku tak paham sepatah haram. dalam mengemas tu, aku terjuma pulak brosure Genting Highland. terus aku bukak dan tengok map genting. brosure ni aku ambil masa gi genting tahun 2010. huih setahun lebih jugak aku simpan brosure ni. al-maklum takde bajet nak beli souvenier, maka ambil la brochure buat bukti aku pernah gi genting. wakakakakaka oke tak kelakar.

dalam melihat-lihat brochure tu terdetik la kat hati aku nak gi genting balik. hari tu pergi tak puas kot. tak semua aku dapat main sebab petang tu hujan. apakah malang aku pergi sampai 3 kali semua hujan?? pertama kali pergi, tahun 2011. masa tu aku ikut makcik aku ngan husband and anak-anak dia. masa tu makcik aku gi bercuti kat KL. sehari kat KL, terus roger aku ajak gi genting. kitorang gi 2 hari 1 malam, stay kat Theme Park Hotel. sampai sana je, petang tu terus hujan. tapi memang makcik aku plan tak nak gi outdoor pon hari tu. sekali esoknya, dalam tengahari camtu punnn hujan jugak. terpaksa gi indoor. indoor tu bukan best sangat pon. banyak mainan budak-budak je tapi memang aku pergi ngan bebudak pon. haha. anak-anak makcik aku semua lelaki bawah 9 tahun masa tu. memang tak dapat la main lasak-lasak kan. kalau aku nak gi main sensorang pon boleh je, tapi cam bangang lak kan main benda yang extreme menjerit sorang-sorang. dahlah aku ni penakut. -_-'

kali kedua pegi, bulan Mei tahun 2011. masa ni befday aku so aku masuk free je. tunjuk ic pastu oke silakan masuk. haha bangga gila aku masuk genting free of charge (yang first time pegi free jugak tapi tu orang tolong bayar, ni takyah bayar.) masa ni gi dengan orang dewasa semua so beli tiket outdoor je. pagi tu cuaca cerah je. sekali dah petang hujan turun. punah harapan nak main semua benda. T_T alaa padahal aku bukan boleh main semua benda pon. aku kan penakut. cuma aku kempunan nak main Flying Dragon je. macam best je binatang tu. haha

kali ketiga pergi dengan coursemate. dalam bulan oktober kalau tak salah. tahun 2011 gak. kali ni aku tanggung diri aku sendiri. kahh.. pagi yang cerah dan indah itu bertukar menjadi tengahari yang gelap apabila hujan turun dengan lebatnya. sekali lagi aku hampa. apa yang kitorang buat? tido kat bilik tetamu. rugi-rugi.. ni aku nak cerita. aku kan penakut. so masa semua semangat nak naik roller coaster (nama yang tertulis dalam brosure adalah Corkscrew.) sanggup aku tolong jaga beg diorang gara-gara taknak naik. saja cari alasan supaya tak terdedah aku punya penakut. hahaha.. nasib baik masa tu Space Shot under maintenance. kalau tak itupun diorang nak naik.

2011


next time kalau ada bajet lebih aku nak gi genting lagi. kali ni aku nak try indoor lak. tapi bukan indoor mainan kanak-kanak. aku nak try Genting Sky Venture, Euro Express dan 4D Motion Master. kalau masuk rumah hantu aku tak nak. sia-sia je duit aku kang aku tutup mata sepanjang sepanjang jalan. haa ni aku nak tanya, sape pernah pegi masuk Ripley's Believe It or Not kat indoor genting tu? best tak? kalau tak best, aku taknak gi. hmm



Thursday, January 3, 2013

Berapakah berat blog anda?

tadaaaa...tora datang lagi! kerajinan apakah yang melanda diriku sampai buat entri 2 kali sehari? heh sini aku nak share ilmu. entri ni tak panjang. tapi mukadimah aku mungkin panjang. sabar je lah membaca k. LOL

blog anda banyak widget? blog anda banyak gambar? blog anda banyak benda-benda merapu yang sepatutnya takde? kadang-kadang kita rasa comel je bila letak macam-macam widget kat blog. ye comel sangat ada salji turun tiba-tiba depan skrin laptop. tapi, tahukan anda, apabila blog anda itu 'berat', takde maknanya widget itu semua. Berat di sini maksud aku kalau orang nak bukak blog kau ambil masa 5 minit. (penjelasan untuk newbee). kebanyakan orang tak suka apabila nak bukak website, kena tunggu lama sebab loading. agak-agak kalau blog kita loading hampir 5 minit, ada orang nak baca tak?

so kat sini aku nak share kat korang cara untuk menimbang berat blog. kalau rasa-rasa blog tu berat, buanglah benda-benda yang tak sepatutnya tu ye. hehehe.. oh sebelum tu, meh sini aku share berat blog aku.



agak-agak berat tak ni? hmm..

selain daripada apa yang aku tunjuk kat atas ni, banyak lagi statistik lain dalam blog korang yang korang boleh tengok. aku malas nak tayang kat sini semua sebab bukan korang heran pon kan. aku je syok sendiri. kahhh.. oke untuk guna aplikasi ni, korang pegi ke sini http://tools.pingdom.com/fpt/

mudah je caranya. cuma masukkan url blog korang kat kotak yang ada tulis "www.example.com"  dan tunggu. selamat mencuba. ^_^


Kau orang Malaysia ke bangla?





agak-agak aku nak boo dia atau kesiankan dia? hmm

Tuesday, January 1, 2013

Kecelaruan Bahasa 1

Akim : Aku ingat nak keluar pukul 10.

Stacy : Aku ingat mau keluar pukul 10.

Apakah perbezaan antara kedua-dua ayat di atas? mungkin anda mengatakan ayat itu sama, cuma perbezaan ejaan lantaran si Akim adalah orang KL dan si Stacy adalah orang Sabah. tetapi sebenarnya, ayat ini mempunyai maksud yang berbeza dan hanya boleh dibezakan melalui intonasi suara. tapi kalau dalam berSMS atau berchatting, memang akan mengundang salah faham.

Ayat pertama membawa maksud si Akim nak pergi ke sesuatu tempat pada pukul 10. 'ingat' tu maknanya dia bercadang la. atau dalam ayat skema "saya bercadang ingin keluar pada pukul 10."

ayat kedua pula membawa maksud si Stacy fikir bahawa rakannya mengajak keluar dalam pukul 10. ayat penuhnya seperti ini. "eh pukul 11 ka kita keluar? aku ingat mau keluar pukul 10."

perbezaan ini tidak begitu ketara apabila dalam perbualan. tapi akan mengundang salah faham apabila sedang berSMS. faham-faham sajalah kalau berSMS semua nak ringkas. nak-nak pulak kalau yang berSMS ni orang Sabah tapi sms dengan kawan orang semenanjung. SMS dah slang KL dah tapi cara SMS tu masih Sabahan. habis la orang salah faham.

faham tak apa aku cuba sampaikan? ke nak aku bagi contoh lain? kalau tak paham sila tanya bagi mengelakkan korang salah faham dengan aku. kahkahkah


Selamat Tahun Baru 2013 :)