Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Sunday, January 13, 2013

Oh Genting


salam..

sekarang ni musim exam. jadi aku pon rajin sikit la menelaah kan. tapi memandangkan namanya aku pon rajin SIKIT, aku pon cepat bosan ngadap buku lama-lama. pastu aku kemas-kemas la meja aku yang bersepah dengan kertas-kertas yang kononnya nota kuliah tapi aku tak paham sepatah haram. dalam mengemas tu, aku terjuma pulak brosure Genting Highland. terus aku bukak dan tengok map genting. brosure ni aku ambil masa gi genting tahun 2010. huih setahun lebih jugak aku simpan brosure ni. al-maklum takde bajet nak beli souvenier, maka ambil la brochure buat bukti aku pernah gi genting. wakakakakaka oke tak kelakar.

dalam melihat-lihat brochure tu terdetik la kat hati aku nak gi genting balik. hari tu pergi tak puas kot. tak semua aku dapat main sebab petang tu hujan. apakah malang aku pergi sampai 3 kali semua hujan?? pertama kali pergi, tahun 2011. masa tu aku ikut makcik aku ngan husband and anak-anak dia. masa tu makcik aku gi bercuti kat KL. sehari kat KL, terus roger aku ajak gi genting. kitorang gi 2 hari 1 malam, stay kat Theme Park Hotel. sampai sana je, petang tu terus hujan. tapi memang makcik aku plan tak nak gi outdoor pon hari tu. sekali esoknya, dalam tengahari camtu punnn hujan jugak. terpaksa gi indoor. indoor tu bukan best sangat pon. banyak mainan budak-budak je tapi memang aku pergi ngan bebudak pon. haha. anak-anak makcik aku semua lelaki bawah 9 tahun masa tu. memang tak dapat la main lasak-lasak kan. kalau aku nak gi main sensorang pon boleh je, tapi cam bangang lak kan main benda yang extreme menjerit sorang-sorang. dahlah aku ni penakut. -_-'

kali kedua pegi, bulan Mei tahun 2011. masa ni befday aku so aku masuk free je. tunjuk ic pastu oke silakan masuk. haha bangga gila aku masuk genting free of charge (yang first time pegi free jugak tapi tu orang tolong bayar, ni takyah bayar.) masa ni gi dengan orang dewasa semua so beli tiket outdoor je. pagi tu cuaca cerah je. sekali dah petang hujan turun. punah harapan nak main semua benda. T_T alaa padahal aku bukan boleh main semua benda pon. aku kan penakut. cuma aku kempunan nak main Flying Dragon je. macam best je binatang tu. haha

kali ketiga pergi dengan coursemate. dalam bulan oktober kalau tak salah. tahun 2011 gak. kali ni aku tanggung diri aku sendiri. kahh.. pagi yang cerah dan indah itu bertukar menjadi tengahari yang gelap apabila hujan turun dengan lebatnya. sekali lagi aku hampa. apa yang kitorang buat? tido kat bilik tetamu. rugi-rugi.. ni aku nak cerita. aku kan penakut. so masa semua semangat nak naik roller coaster (nama yang tertulis dalam brosure adalah Corkscrew.) sanggup aku tolong jaga beg diorang gara-gara taknak naik. saja cari alasan supaya tak terdedah aku punya penakut. hahaha.. nasib baik masa tu Space Shot under maintenance. kalau tak itupun diorang nak naik.

2011


next time kalau ada bajet lebih aku nak gi genting lagi. kali ni aku nak try indoor lak. tapi bukan indoor mainan kanak-kanak. aku nak try Genting Sky Venture, Euro Express dan 4D Motion Master. kalau masuk rumah hantu aku tak nak. sia-sia je duit aku kang aku tutup mata sepanjang sepanjang jalan. haa ni aku nak tanya, sape pernah pegi masuk Ripley's Believe It or Not kat indoor genting tu? best tak? kalau tak best, aku taknak gi. hmm



No comments:

Post a Comment