Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Thursday, January 24, 2013

Percutian Bajet ke Pulau Langkawi Part I


Salam..

hari tu aku gi Langkawi dengan Fisya dan Ika. Ika ni budak UPSI gak. ex-housemate ngan Fisya. kitorang pergi sepatutnyan selama 3 hari 2 malam. tapi aku berada di sana hanya selama 2 hari 2 malam. why the because? the because is flight aku pukul 7.25pm. Fisya ngan Ika pergi dulu. flight diorang tengahari. sebab kenapa flight asing-asing, sebab ni tiket promo Air Asia RM19. Fisya yang tolong book. aku lambat bagi details so seat habis. terpaksa amek tiket malam. tiket ni kena book dari tahun 2011 lagi. LOL

dah alang-alang Fisya ngan Ika sampai dulu, diorang la yang uruskan hal-hal berbangkit macam keta sewa dan motel. dah booking awal-awal dah pon. tinggal tunggu kereta kat airport dan terus ke motel untuk check in. Kereta sewa ni aku yang tolong cari. alah kat internet je pon. sesudah puas mengcompare harga dengan yang lain, aku decide pilih kereta Kelisa auto dengan harga RM60 sehari (24 jam) kat Teluk Holidays. aku bank in deposit RM50 dulu, pastu sampai Langkawi, Fisya bayar RM120 untuk 48 jam tempoh masa kereta disewa. RM50 tu dia akan pulangkan masa pulangkan keta nanti.

Motel pulak, memandangkan kitorang book last minute (aku punya pasallah ni lambat decide), kitorang terpaksa pilih budget room yang takde aircond untuk RM50 semalam. Muat untuk 3 orang. Kitorang book kat Grand Beach Motel. yang ni pon kitorang bagi deposit RM50 dulu. dah check out baru dia pulangkan duit.

aku sampai Langkawi dalam pukul 9pm. Fisya ngan Ika ambil aku, pastu kitorang terus gi Dataran Lang. dalam 20 minit la Dataran Lang dari airport. tu pun kalau tak sesatlah macam kami. ngeh. motif gi Dataran Lang malam-malam ni sebab kami nak jimatkan masa. takut tak sempat dah nak gi sini esok. al-maklum masa kami sangat terhad. Lepas gi Dataran Lang terus balik ke Pantai Cenang tempat kami menginap. Perut pun dah lapar. so kami makan kat restoran Haji apa entah lupa pulak nama dia. Restoran tu betul-betul depan motel kami. makanan kat restoran ni agak mahal la bagi student macam kitorang. aku makan nasi goreng kampung ngan air sirap limau, RM8 ke RM8.50 aku lupa tapi lebih kurang macam tu la harga dia. Makanan pun boleh laa. Tapi untuk datang kali kedua, nehi.

kiri : air aku.
atas : makanan aku, nasi goreng kampung.
bawah : kuew tiaw goreng. Fisya punya.



i believe i can felyyy



Lepas makan, balik motel, mandi, tidur. Esok paginya adalah hari yang memenatkan. Stay tuned. 



5 comments:

  1. nasi mahal. nak lagi bajet masak sendiri kat dapo kedai. haha. just kidding.

    ReplyDelete
  2. hoh nampak sangat prnah buat. haha

    ReplyDelete
  3. berapa lama lagi nak tunggu part seterusnya? hoho... nak pergi hari tu tapi macam kau asyik lambat decide hahaha..

    ReplyDelete
  4. salam..
    boleh mintak tlg dapatkan maklumat tentang pakej island hoping rm25 tu..
    boleh tlg email di ana_903@yahoo.com atau sms di 0123930997
    terima kasih,

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete