Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Wednesday, August 15, 2012

Coba-annnn

3 hari lagi nak raya. tak terasa masa berlalu dengan pantas. macam baru minggu lepas pulak rasanya berpuasa. baju raya pertama belum siap lagi. harap-harap sempatlah siap. kalau tak siap sedih la aku pakai baju raya kedua. bukan tak boleh, boleh je padahal pakai baju raya kedua. tapi tema family belah mak aku tahun ni maroon, so pelik la kalau aku tetiba pakai baju kaler putih.

satu hal pulak dekat-dekat raya ni lah aku kena ulser. ulser tu keluar dekat gigi geraham aku yang baru nak tumbuh. adeh takde tempat lain ke nak tumbuh? gigi aku yang baru nak tumbuh ni takdelah sakit, tapi memandangkan ada ulser kat situ, so terasa jugak la kadang-kadang gusi tu berdenyut. nak makan masa berbuka pun kena kontrol. semalam oke je. tapi lepas aku letak garam makin menjadi-jadi lak. maybe sebab masa aku letak garam tu, jari aku kena kat ulser tu kot jadi dia terkoyak. hmmm logik gak teori aku ni. aku tak main la kumur-kumur air garam ni. aku tenyeh je garam kat ulser tu habis cer. lepas berbuka tadi aku belek lagi la gigi aku tu. owh patut la sakit hari ni lain macam je, dia dah nak keluar rupanya. dulu macam nak tak nak je keluar. sekarang dah nampak 50% dah.

teringat masa aku sem 1 dulu. housemate aku tumbuh gigi geraham. sampai demam-demam member tu tahan sakit. takut jugak aku kalau-kalau mengalami nasib yang sama. alhamdulillah aku takdelah sampai demam tahan sakit, cuma kena tahan lapar sebab ada ulser -_-'

harap-harap ulser ni sembuhlah sebelum raya. tak kuasa aku nak menahan nafsu makan masa raya nanti.


SELAMAT HARI RAYA :)



Tuesday, August 7, 2012

HERO

Sukan selalu menyatu padukan rakyat Malaysia. Kalau tengok sukan yang melibatkan atlet Malaysia macam bola sepak, badminton etc mesti happening gila bila tengok ramai-ramai. Bila menang sorak sorai sampai bergegar kedai mamak. Tapi bila kalah pulang dengan rasa hampa. dan kalau ada yang sensitif tu sampai nangis tengok atlet kesayangan terduduk kecewa di tengah gelanggang tak dapat gold medal pertama untuk Malaysia (aku sedih sikit. tak sampai nangis. tehee you know what i mean)

Rakyat Malaysia sangat supportive. Semua faham tanggungjawab yang ditanggung atlet untuk mengharumkan nama negara. Sebab tu masa Dato Lee Chong Wei dapat pingat perak je hari tu, home FB dan timeline twitter penuh dengan kata-kata semangat yang ditujukan buat DLCW. kalau kat home aku, semua bangga dengan DLCW. dia fight habis-habisan. bila DLCW tweet "I'm sorry", sedih gila aku rasa. dan aku rasa bodoh gila bila ada orang tertentu yang cakap buruk pasal DLCW. kalau orang luar takpelah, ini rakyat Malaysia sendiri. ada tu ADUN lagi. nasib baik dah mintak maaf. kalau tak, baik kau keluar parti. takde orang nak mengundi kat PRU nanti. eh?

Orang luar pun tau nak hargai DLCW. jadi kalau kita orang Malaysia ni tak hargai dia, silalah tukar kewarganegaraan anda.

ambil dari 9gag. bukan setakat Malayisan je, non Malaysian pon respect dengan DLCW. beliau berlatih selama 2 minggu je sebelum olimpik sebab baru pulih dari injured. kesian oke. klik sini kalau nak tengok komen.


kesungguhan DLCW memang mengagumkan ramai orang. semua orang perasan betapa kecewanya DLCW bila tak dapat gold medal. bukan sebab terlepas habuan 4 juta (ni kosmo punya tajuk berita. macam harromm), tapi sebab dia tak dapat peuhi impian rakyat Malaysia yang mahukan emas untuk olimpik. semua orang di negara luar pun akan bangga kalau ada atlet macam DLCW kat negara dorang. DLCW kebanggaan Asia you know ;)



Ubah cer pulak. petang tadi aku tengok acara 110 meter lari berpagar. Kesian oke tengok Liu Xiang jatuh. Liu Xiang ni atlet China. Aku tak kenal Liu Xiang ni. Adik aku yang mula-mula ajak aku bet, aku sokong sape. Aku kalau acara balapan ni aku sokong orang kulit gelap je. Jamaica ke, Nigeria ke, USA ke, janji gelap. sebab tu yang laju lari. Tapi adik aku sokong Liu Xiang. Nasib baik aku paham apa pengulas tu cakap. Liu Xiang ni juara olimpik 2004, pastu menang perak olimpik 2008. pergh patut la adik aku sokong dia. main tipu betul dia dah kenal awal-awal. Tapi tadi malangnya dia jatuh. Sedih pulak aku tengok. walaupun jatuh dan kaki dia injured, dia teruskan gak habiskan larian. kalau dia atlet Malaysia mau nangis gak aku. wuwuwuuu



BTW malam ni Azizul Hasni Awang akan ke final acara keirin. doakan yang terbaik buat Malaysia. juga buat sorang penerjun papan anjal lelaki (lupa nama) yang akan ke final jam 2am waktu Malaysia dan Pandalela yang aku tak tau bila acara dia mula. Good luck Malaysia!