Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Tuesday, August 7, 2012

HERO

Sukan selalu menyatu padukan rakyat Malaysia. Kalau tengok sukan yang melibatkan atlet Malaysia macam bola sepak, badminton etc mesti happening gila bila tengok ramai-ramai. Bila menang sorak sorai sampai bergegar kedai mamak. Tapi bila kalah pulang dengan rasa hampa. dan kalau ada yang sensitif tu sampai nangis tengok atlet kesayangan terduduk kecewa di tengah gelanggang tak dapat gold medal pertama untuk Malaysia (aku sedih sikit. tak sampai nangis. tehee you know what i mean)

Rakyat Malaysia sangat supportive. Semua faham tanggungjawab yang ditanggung atlet untuk mengharumkan nama negara. Sebab tu masa Dato Lee Chong Wei dapat pingat perak je hari tu, home FB dan timeline twitter penuh dengan kata-kata semangat yang ditujukan buat DLCW. kalau kat home aku, semua bangga dengan DLCW. dia fight habis-habisan. bila DLCW tweet "I'm sorry", sedih gila aku rasa. dan aku rasa bodoh gila bila ada orang tertentu yang cakap buruk pasal DLCW. kalau orang luar takpelah, ini rakyat Malaysia sendiri. ada tu ADUN lagi. nasib baik dah mintak maaf. kalau tak, baik kau keluar parti. takde orang nak mengundi kat PRU nanti. eh?

Orang luar pun tau nak hargai DLCW. jadi kalau kita orang Malaysia ni tak hargai dia, silalah tukar kewarganegaraan anda.

ambil dari 9gag. bukan setakat Malayisan je, non Malaysian pon respect dengan DLCW. beliau berlatih selama 2 minggu je sebelum olimpik sebab baru pulih dari injured. kesian oke. klik sini kalau nak tengok komen.


kesungguhan DLCW memang mengagumkan ramai orang. semua orang perasan betapa kecewanya DLCW bila tak dapat gold medal. bukan sebab terlepas habuan 4 juta (ni kosmo punya tajuk berita. macam harromm), tapi sebab dia tak dapat peuhi impian rakyat Malaysia yang mahukan emas untuk olimpik. semua orang di negara luar pun akan bangga kalau ada atlet macam DLCW kat negara dorang. DLCW kebanggaan Asia you know ;)



Ubah cer pulak. petang tadi aku tengok acara 110 meter lari berpagar. Kesian oke tengok Liu Xiang jatuh. Liu Xiang ni atlet China. Aku tak kenal Liu Xiang ni. Adik aku yang mula-mula ajak aku bet, aku sokong sape. Aku kalau acara balapan ni aku sokong orang kulit gelap je. Jamaica ke, Nigeria ke, USA ke, janji gelap. sebab tu yang laju lari. Tapi adik aku sokong Liu Xiang. Nasib baik aku paham apa pengulas tu cakap. Liu Xiang ni juara olimpik 2004, pastu menang perak olimpik 2008. pergh patut la adik aku sokong dia. main tipu betul dia dah kenal awal-awal. Tapi tadi malangnya dia jatuh. Sedih pulak aku tengok. walaupun jatuh dan kaki dia injured, dia teruskan gak habiskan larian. kalau dia atlet Malaysia mau nangis gak aku. wuwuwuuu



BTW malam ni Azizul Hasni Awang akan ke final acara keirin. doakan yang terbaik buat Malaysia. juga buat sorang penerjun papan anjal lelaki (lupa nama) yang akan ke final jam 2am waktu Malaysia dan Pandalela yang aku tak tau bila acara dia mula. Good luck Malaysia!

No comments:

Post a Comment