Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Monday, December 31, 2012

Kisah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan

salam..
okeh ini entri mungkin bakal menyakitkan hati anda. jadi sila jangan teruskan membaca kalau tidak mahu binasa. eh?

baiklah..begini..sebenarnya aku sangat la hairan melihat orang yang suka memberi nasihat, tetapi tidak bersesuaian dengan apa yang dipraktikannya. ramai kot orang spesis macam ni sekarang. dari dulu pun aku rasa memang ramai tapi sejak ada laman sosial ni gejala ini semakin menjadi-jadi. aku bagi satu contoh mudah, si A ini dulunya tidak bertudung. suatu hari dia dapat hidayah lalu dia bertudung. alhamdulillah. lalu sejak detik itu dia merasakan bahawasanya dia harus mengajak rakan-rakan lain untuk berubah sepertinya. lalu saban hari dia akan mengupdate status tentang dosa-dosa orang yang tidak bertudung, orang bertudung nampak manis, bakal suami beruntung bla bla bla... tapi pada suatu hari yang hening, ketika si B sedang melayari mukabuku, lalu ternampaklah beliau akan gambar si A tadi bersama rakan-rakannya sedang beriadah. dan peliklah si B ini apabila melihat pakain si A. ya, si A masih juga bertudung. tapi kenapa lengan bajunya pendek????? apakah dia tidak memahami apa itu konsep aurat? apakah dia fikir bahawasanya dengan menutup rambut sahaja maka dia sudah menutup auratnya dengan sempurna? baiklah, itu tidak mengapa. masing-masing punya dosa pahala. si B tidak menegur lantaran mereka tidak terlalu rapat. mahu ditegur di khalayak (komen gambar), risau akan memalukan si A. seperti pesan imam Syafie,

 "Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai."

tapi makin tidak ditegur, si A makin merasakan dirinya bagus. sampai naik jengkel si B ini. dan rasa kejengkelan itu terus dipendamkan sehingga tercetusnya entri ini.

oke yang kedua pula. masih lagi tentang orang yang cakap tak serupa bikin. tapi situasinya agak lain. boleh juga dikatakan sebagai bikin tak serupa cakap. contohnya, kau dulu budak yang sosial gila. tapi lama-lama kau bertaubat. lalu kau pun merasakan bahawa menjadi tanggungjawab kau untuk menasihati orang dengan menunjukkan teladan yang baik. kau nasihat kat orang macam ni :
"tak baik tau perempuan keluar malam. nanti mengundang fitnah. aku tak pernah keluar malam kecuali untuk hal-hal terdesak je. kalau setakat suka-suka, aku takkan pergi. baik duduk rumah je mengaji. kau dengar lah nasihat aku ni."
helloooo kalau kau nasihat macam tu kat orang yang tak kenal kau takpe. nasihat face to face takpe. tapi kalau kau bagi nasihat camtu kat laman sosial, pulak tu ada kawan lama kau yang sama-sama gi clubbing nampak status kau, memang kau kena bahan kaw-kaw! bukanlah maksud aku orang yang baru nampak 'nur' ni tak layak menasihati orang lain. bukan. tapi please, kalau nak nasihat, jangan sampai menipu. orang akan lebih respek kalau kau nasihat dengan cara jujur macam ni :
"tak baik tau perempuan keluar malam. nanti mengundang fitnah. saya pernah berada dalam situasi awak dan kini saya sedar itu semua hanyalah keseronokan sementara semata-mata. saya tak nak awal menyesal macam saya."
nampak dia punya beza? yang satu bajet malaikat, satu lagi manusia khilaf yang telah kembali ke pangkal jalan. aku prefer nasihat yang kedua.

oke yang ketiga (apa banyak sangat aku tak puas hati ni?)
yang ini sama dengan situasi kedua, cuma vice versa. kalau tadi orang tu bajet tak pernah buat salah, yang ini pulak menasihati atau mengumpat orang lain dengan yakin tapi last-last dia kena balik. contohnya macam ni :
"aku tak mainlah nak show off boyfren kat FB. siap cover photo gambar berdua. yucks.."
itu kata-kata sebelum ada boyfriend. setelah ada boyfriend, bukan takat cover photo, semua album dia penuh dengan gambar boyfren. hari-hari instagram gambar dia gi dating. kalau main tweet lak macam diorang berdua je saling mengikuti (follow). kat FB status pun 'married'. apakah? spesis macam ni pernah aku jumpa. bukan setakat bab kapel je, tapi macam-macam aspek ada. macam geli tau. yelah mula-mula kau respek pendirian dia tak buat macam ni macam tu tapi last-last, apa sudah jadi? macam kau nak bagi kaki je.

huh..panjang bebelan aku hari ni. okelah takat tu je. Selamat Tahun Baru!

p/s : takde wish panjang-panjang sebab aku tak pandai bagi wish. kbai


Monday, December 17, 2012

Mat Luthfi dan Anwar Hadi Bakal Bermain untuk Harimau Malaya

Tanggal 12.12.12 sudah pun berlalu. Seperti biasanya aku malassss nak update blog nak cakap pasal hari tersebut. buat apa nak update kalau takde benda best berlaku. kan kan kan? oh tapi sebenarnya ada je benda best jadi hari tu. tapi sebab aku malas update blog jadi aku pura-pura la cakap takde benda best. apa cakap belit-belit cam bangang ni??

hey you all tahu, hari tu kan, 12.12.12.. Mat Luthfi ngan Anwar Hadi datang UPSI. auwwww teruja aku dowh. tak pernah aku teruja camni walaupon banyak gila dah artis datang UPSI ni. haha..diorang datang sebagai juri jemputan dan bagi talk untuk pertandingan apa ntah aku lupa ( padahal event fakulti sendiri tapi tak ingat nama event puihhh.) dah la eksaited konon nak jumpa diorang, tapi bangun pukul 9.10am itupun Fisya kejutkan. event start pukul 8am kot tapi memandangkan aku tau vlogger terkenal itew datang pukul 11 makanya aku saja bangun lambat. takde kelas pagi kan biase lerrr (buat muka bangga kembang-kembangn hidong)

sampai je kat Dewan Konvensyen Bangunan E-Learning (tempat event), tengok kat luar macam lengang je. yang ada Ajk-ajk bertugas je. tapi kat luar tu ada live streaming (cehhh) talk kat dalam dewan konvensyen tu. masa tu orang lain bagi talk. sorang member aku yang juga ajk event tu suruh kitorang masuk, tapi dalam masa yang sama turut memberitahu bahawasanya Anwar Hadi sedang berada di dalam tandas. kahh.. memandangkan aku tak minat AH (ops), makanya aku tak teruja. kalau ML kat dalam tu maybe aku akan tunggu kat luar tandas (eh?).

masuk-masuk je dewan kerusi semua agak penuh. terpaksa duduk kat kerusi belakang tanpa meja. beberapa belas minit kemudian masuklah AH dari pintu utama (yang tadinya dalam tandas) dan menuju ke tempat duduk beliau. OMG hensem rupanya beliau ini. kalau dalam youtube takdelah hensem sangat (bagi aku). ML pulak masa tu memang dah sampai. tak taulah bila mereka berdua ini sampai tapi yang pastinya sampai dulu daripada kitorang. ML very the comel you know. sama je apa yang kita nampak dia kat youtube dengan nampak dia personally. cara cakap pon sama. macam tu la dia kat youtube, macam tu jugak la dia kat luar. tapi memandangkan tajuk yang diberi (untuk talk) agak formal jadi dia tak biasa. dia pon cakap macam kelakar je bagi talk secara formal. beza dengan AH yang agak pemalu bila bagi talk. beza gila dengan personaliti dia dalam youtube. may be dia tak biasa berdepan dengan crowd kot.

oke dipendekkan cerita, seusai majlis, kitorang (aku dan kawan-kawan) pon pergi la makan tengahari. sebab pengacara majlis cakap kalau nak amek gambar, tunggu lepas makan. pukul 2pm aku nekad melewatkan diri ke kelas. padahal aku ada kelas pukul 2pm-5pm. lagipun lecturer aku selalu masuk lambat jadi aku tak takut sangat. keluar je dari lif ke tingkat 5 terus hoih orang dah start amek gambar dah.. aku pon terkedek-kedek la gi tempat my friend Wana.."Wana, nak amek gambar jugak.." and Wana terus "hah pergi cepat.." and my another friend, Andi, ajk event ni, "ni last ye amek gambar..oh tidak "andi kejap..1 je lagi..kiorang pun nak.." sambil senyum-senyum manja mintak penampar. dan senyuman gedik itu berhasil juga apabila



















motif sangat kan gambar besar gedabak. apa kau ingat senang ke aku nak duduk kat tengah-tengah tu tanpa berebut dengan Fida? Berebut okayyyy depan-depan ML dan AH. tak senonoh betul. haha.. takpe asalkan dapat duduk tengah-tengah. bukan diorang kenal aku pon.



tajuk tak berkaitan. kbai




Tuesday, December 11, 2012

Saya Poyo

Petang yang indah :)
amboi bukan main lagi pagi tadi buat entri pagi yang indah, lepas tu petang pulak nak indah jugak. mestilah kan..hujan katakan. sedap wooo tido sambil dengar bunyi guruh. perghhh.. tapi kepala aku dah sakit ni overdos tido so takleh sambung tido.

bangun-bangun tido je aku terus gi mandi. lepas mandi aku terus bukak lappy. hoih semangat buka lappy tanpa menghiraukan makan tengahari. *mesti ada yang tanya 'kau tak sembayang ke woi? sila malu dengan soalan tersebut kalau anda seorang lelaki. lalalalala.  memang habit aku sebenarnya bukak lappy lepas bangun tido atau lepas mandi. kadang-kadang sebelum masak pun aku bukak laptop dulu. dengan alasan kalau aku nak gunan nanti senang. kannnnn...logik tak logik tak? macam bangang

ok berbalik kepada cerita asal mengapakah aku rajin membuat entri pada petang-petang sebegini.. sebabnya aku baru menang contest!! haha okay aku tak pandai buat ayat dramatik tapi pokoknya aku nak bagitau aku menang contest. alaa...contest hari tu yang aku rekrut korang semua (friend FB) gi like gambar aku adik beradik tu. hahaha.. tak sia-sia kan usaha aku. menang jugak akhirnya. cett ayat macam menang RM50K


kehkehkeh


sebenarnya aku dapat tau pasal contest ni secara tak sengaja daripada seorang kawan yang mintak tolong aku like gambar bagi pihak kawan dia. masa aku like tu aku usha la kan page tersebut. usha-usha tengok ada family category. tengok contestant pulak paling tinggi like tak sampai 200 like. kalau couple category banyak gila dah like. bersaing sengit. ikut pengalaman aku pun kalau asal aku ikut couple category je kompem aku kalah. hahaha..so aku tukar strategy (motif nak strategi?)  family category. aku hantar pic aku ngan adik-adik aku. aku hantar gambar Jumaat lepas. Hari Sabtu (tengah malam) baru gambar aku kena upload kat FB. tarikh tutup undi pulak hari Isnin 11pm. haaa kau semangat gila aku minta tolong friend FB aku like gambar aku. tebalkan muka je lah kan. LOL 

and result ni keluar pagi tadi. aku dah boleh predict dah benda ni sebab beza undi aku dengan pesaing terdekat ada dalam 20 undi. nasib baik aku takde undi rosak kalau tak sia-sia muka tebal aku ni. hahaha.. mesti korang pelik apesal la aku beria-ia kan nak join benda alah ni. dapat hadiah apa? heh hadiah dia bukanlah wang tunai. tapi outdoor photoshoot. diorang akan bagi softcopy gambar yang diorang amek, edit gambar chantek2 and ntah apa lagi aku lupa. kalau aku kira kos photoshoot ni mahal gak sebenarnya. lagipun kitorang adik-beradik takde gambar ohsem. so oke lah ni kan daripada dok amek gambar dalam kete je. so thank you guys yang sudi meluangkan masa meLIKE gambar aku. you all semua memang sporting. ^_^

aku : kita menang
adik lelaki : dapat apa la?
aku : dapat senyuman. LOL
adik lelaki : bongok


Pagi yang Indah :)

whoaaaaaa...selamat pagi dunia!! yeah sekarang pukul 6.50am tapi sebenarnya aku bukan baru bangun ye anak-anak sekalian. sebenarnya aku belum tdo. haha tapi memandangkan aku takde kelas hari ni so what :p
aku ni dok buat Jadual Penentu Kandungan daripada malam tadi sambil layan lagu, layan movie, tu yang boleh terlajak sampai ke pagi. layan youtube lagi la lagha kanzz..

tengah layan-layan lagu kat youtube tu boleh la pulak aku klik lagu Awi Rafael. Memula tengok tajuk lagu macam "oh..okay.." bila dengar lagu dia and hayati lirik dia, wah sangat membuatkan aku bersemangat pagi-pagi ni. sangat fresh you know ;)

memandangkan aku dah tersuka dengan lagu tersebut, maka aku nak copy paste lirik lagu tersebut di sini dan let's sing along. ;)


Lirik Lagu Asalkan Aku OK – Awi Rafael

Selamat pagi, selamat pagi aku ucapkan
Burung merpati bernyanyi di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, 


Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Selamat petang, selamat petang aku ucapkan
Kanak-kanak kecil berlari di ruang halaman
Hidup ini indah ku kata, 


Hidup ini indah lawa
Hidup ini indah ternyata

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaoke, kaya macam Datuk K
Hidup tanpa masalah dunia

Hidup mewah tanpa berhutang
Hati bersih tak lupa sembahyang
Inilah kehidupan, Inilah kehidupan



Otak cergas tanpa menipu
Jangan marah-marah tak perlu begitu
Inilah kehidupan, Inilah kehidupan

Asalkan aku ok, duit dalam kocek
Hidup dengan sederhana
Keluarga semua ok, masa depan cantik
Hidup jauh narkoba dunia

Asalkan aku ok, hidup macam taukeh
Teman ada sentiasa
Bernyanyi dan karaokekaya macam Datuk K

Hidup tanpa masalah dunia


semangat semua ^_^

Friday, December 7, 2012

Ambil Berkat 2

wah..ada part pulak entri aku sekarang. ada part 1, ada part 2. macam Legnda Budak Setan pulak. kahh.. biasalah aku kan suka bajet fofular. kalau blog-blog yang femes amous tu kan biasanya entri diorang ada banyak part especially kalau gi travel. jadi aku pon nak jugak buat part walaupun hanya travel selama 2 jam dengan perut lapar.

takkan la travel 2 jam gi kenduri kawen semata-mata terus balik ke Tanjung Malim tanpa melencong ke mana-mana? itu namanya budak skema yang apabila mak cakap "Maria, lepas habis tusyen terus balik rumah. jangan singgah mana-mana." itu kalau nama beliau adalah maria. tapi kalau beliau itu adalah Kathy, tak mungkin aku akan selurus bendul sebegitu. kaaahhhh dasar anak durhaka! T_T

sebenarnya kitorang dah pakat-pakat nak gi menara condong masa kat rumah kenduri. semua tak nak balik terus. yelah 30 minit je kot jarak Teluk Intan ngan Hutan Melintang. so setelah menghabiskan lauk pauk yang ada, membingitkan suara hadirin dengan wakil-wakil penyanyi karoke AT20, dan sesi bergambar tak hengat dunia, maka kami pun bergerak secara berjemaah ke Teluk Intan. Kali ni aku drive. tukar shif la pulak kan. Fisya dok belakang jadi penumpang sambil menikmati pemandangan alam. cettt..

masa sampai ke Teluk Intan hujan pon turut dengan agak lebat. gelap je cuaca. kitorang paling lambat sampai. ciss..bebudak lain dah sampai ke tingkat atas menara condong. kitorang baru nak cari parking. sempat lak gado kan nak parking katne. T_T  turun dari kereta, hujan lebat ya ampun. parking keta kat tepi berek kedai so dapat la berlindung dari hujan sementara tunggu kawan daripada seberang jalan ambil kitorang dengan 2 bijik payung di tangan. auwww so nice.

masuk je menara tu mak ai gelap. samar-samar je nampak. takde lampu ke? dah la tangga muat-muat badan je. macam jadi volunteer seekers je. naik tangga then benti jap kat tingkat 1. bergambar-gambar sikit, tengok-tengok pemandangan sikit.. lepas tu, baru je nak gerak ke tingkat seterusnya, bebudak lain dah pakat turun. weh apekah?? rupanya pekerja kat situ suruh turun sebab hujan lebat. gelap. bahaya. tidak ada lampukah disini getus hati kecilku. grrrrrrr

makngai gelapnye

much better

dah orang suruh keluar, kita keluar lah kan. so lets bergambar outside.



woi apesal kau wat lambang tu? tu iluminati la.. @!#$%^&*
(don't be so taksub with this thing)

disebabkan hujan yang turun, kitorang tak dapat amek gambar dengan banyaknya. singgah la gi minum kejap. pastu sambung amek gambar sikit (sebab hujan dah benti) pastu balik. masa nak balik tu hujan turun lagi. agak lebat. dah la lewat petang. gelap. mengantuk gila aku. jalan pulak ya ampun gelap bangat. kitorang tak lalu highway. kitorang berpecah dah. yang konvoi sekali ngan aku ada 2 keta je. aku paling belakang follow Waja, Waja follow Viva Elite. sebenarnya kat belakang ni ada keta Kancil tapi boleh pulak kitorang terpisah. (comel tak description aku?) diorang ikut highway. kitorang kat depan ni ikut jalan lain. redha je aku selisih ngan lori bapak besar. dah la tak biasa drive kan. alhamdulillah sampai gak umah. sampai Behrang aku tak tahan dam memfollow. aku jalan dulu sebab Wana dah tau jalan kan. aku mana pernah drive sampai Behrang. (kesian) Bila dia cakap jalan lurus je, aku pun terus la. tak sabar nak gi Kepsi katakan. bola pon aku terlepas. T_T

muka berlengas jadi terpaksa edit sephia. kbai




Sunday, December 2, 2012

Ambil Berkat

Perghh..hebat tak hebat tajuk entri aku kenzz...penangan dari kenduri kawen lah ni. U'olz tau, tadi I'olz kan pegi kanduri kawen coursemate. auwww...macamkan orang lain tak pernah pegi kenduri kawen kenzz..tettt..

oke-oke serius no more gedik-gedik no no no..setelah sekian lama aku tak update blog tetiba update pasal walimatul urus. kahhh..entah apa-apa aku ni. tapi kan ni first time tau aku gi kenduri member (tak la member kamceng tapi coursemate kira member la kan LOL). dah la pergi tak plan awal-awal. sebelum ni ada la Fisya cakap pasal nak gi kenduri member ni tapi aku angguk-angguk geleng-geleng je. ada ada takde takde. tetiba malam sebelum kenduri tu Fisya ajak pegi. siap tolong cari keta sewa lagi. aku pon apa lagi, zasss..

dan perjalanan kami ke Hutan Melintang itu sangat lah smoothly..kahhhhh

mulakan perjalanan anda dengan mengambil gambar -_-'


akhirnyaa..


akibat terlalu banyak mengalami hentakan sepanjang perjalanan ke destinasi dituju, maka inilah hasilnya setibanya kami di hadapan rumah pengantin. oh ya, terima kasih kancil RM45 per 12 hour. LOL


dah sampai rumah pengantin haruslah makan kenz..gila kau perjalanan 2 jam tanpa sarapan pagi amat menyeksakan. nasib baik masa tu bukan aku yang drive. kalau tak harus aku meroyan kat tengah jalan. muahahahaha

dah habis makan baru nak amek gambar kan. nampak beno lapor nye..

selepas makan, sesi apa kawan-kawan? *BERGAMBAR*.. pandai..good cat good cat..jadi marilah kita bergambar dengan pengantin sambil verangan jadi pengantin. auwwwwwww

bergambar bukan main. tapi masa nak amek gambar dok panggil orang lain suh tangkapkan. kalau guna kamera sendiri takpe. ni pakai DSLR orang lain. haha credit to syamin yang jadi photographer tak berbayar untuk majlis ni. :p


oh by the way nama coursemate aku yang kawen ni k-rol. nama penuh dia aku lupa lak sebab seingat aku, sepanjang 5 sem kitorang kat UPSI ney, tak pernah aku sekelas ngan dia. memang la 1 course tapi kitorang ramai kot. ada 145 orang camtu la. tapi semua kenal each other. wife dia student UPSI gak. course seni kalau tak salah. aku rasa diorang kenal masa study kat sini kot. aku tak pulak gi tanya kan nanti nampak beno busy body..kahhh..tapi sweet kanzz...bertemu jodoh di UPSI (Univ. Pertemuan Suami Isteri) auwww..

majlis ni best tau sebab ramai bebudak course aku datang. happening kan majlis kawen kalau member-member yang otak giler-giler datang. aku rasa macam bukan datang ke kampung orang dah. macam ada kat kampung sendiri. punya la tahap tak tahu malu tu kan sampai buat macam kampung sendiri. kahh..


team pompuan


team laki

team errrr... -_-'


dah alang-alang gi Hutan melintang tu kan, apa lagi singgah la terus gi Menara Condong kat Teluk Intan. haaa tu aku citer next entri k kalau aku rajin. bajet la kan macam ada orang rajin nak tunggu aku update entri puiiii. ahhhh sukatilah aku punya blog. #cakapsendiri