Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Tuesday, December 11, 2012

Saya Poyo

Petang yang indah :)
amboi bukan main lagi pagi tadi buat entri pagi yang indah, lepas tu petang pulak nak indah jugak. mestilah kan..hujan katakan. sedap wooo tido sambil dengar bunyi guruh. perghhh.. tapi kepala aku dah sakit ni overdos tido so takleh sambung tido.

bangun-bangun tido je aku terus gi mandi. lepas mandi aku terus bukak lappy. hoih semangat buka lappy tanpa menghiraukan makan tengahari. *mesti ada yang tanya 'kau tak sembayang ke woi? sila malu dengan soalan tersebut kalau anda seorang lelaki. lalalalala.  memang habit aku sebenarnya bukak lappy lepas bangun tido atau lepas mandi. kadang-kadang sebelum masak pun aku bukak laptop dulu. dengan alasan kalau aku nak gunan nanti senang. kannnnn...logik tak logik tak? macam bangang

ok berbalik kepada cerita asal mengapakah aku rajin membuat entri pada petang-petang sebegini.. sebabnya aku baru menang contest!! haha okay aku tak pandai buat ayat dramatik tapi pokoknya aku nak bagitau aku menang contest. alaa...contest hari tu yang aku rekrut korang semua (friend FB) gi like gambar aku adik beradik tu. hahaha.. tak sia-sia kan usaha aku. menang jugak akhirnya. cett ayat macam menang RM50K


kehkehkeh


sebenarnya aku dapat tau pasal contest ni secara tak sengaja daripada seorang kawan yang mintak tolong aku like gambar bagi pihak kawan dia. masa aku like tu aku usha la kan page tersebut. usha-usha tengok ada family category. tengok contestant pulak paling tinggi like tak sampai 200 like. kalau couple category banyak gila dah like. bersaing sengit. ikut pengalaman aku pun kalau asal aku ikut couple category je kompem aku kalah. hahaha..so aku tukar strategy (motif nak strategi?)  family category. aku hantar pic aku ngan adik-adik aku. aku hantar gambar Jumaat lepas. Hari Sabtu (tengah malam) baru gambar aku kena upload kat FB. tarikh tutup undi pulak hari Isnin 11pm. haaa kau semangat gila aku minta tolong friend FB aku like gambar aku. tebalkan muka je lah kan. LOL 

and result ni keluar pagi tadi. aku dah boleh predict dah benda ni sebab beza undi aku dengan pesaing terdekat ada dalam 20 undi. nasib baik aku takde undi rosak kalau tak sia-sia muka tebal aku ni. hahaha.. mesti korang pelik apesal la aku beria-ia kan nak join benda alah ni. dapat hadiah apa? heh hadiah dia bukanlah wang tunai. tapi outdoor photoshoot. diorang akan bagi softcopy gambar yang diorang amek, edit gambar chantek2 and ntah apa lagi aku lupa. kalau aku kira kos photoshoot ni mahal gak sebenarnya. lagipun kitorang adik-beradik takde gambar ohsem. so oke lah ni kan daripada dok amek gambar dalam kete je. so thank you guys yang sudi meluangkan masa meLIKE gambar aku. you all semua memang sporting. ^_^

aku : kita menang
adik lelaki : dapat apa la?
aku : dapat senyuman. LOL
adik lelaki : bongok


No comments:

Post a Comment