Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Sunday, December 2, 2012

Ambil Berkat

Perghh..hebat tak hebat tajuk entri aku kenzz...penangan dari kenduri kawen lah ni. U'olz tau, tadi I'olz kan pegi kanduri kawen coursemate. auwww...macamkan orang lain tak pernah pegi kenduri kawen kenzz..tettt..

oke-oke serius no more gedik-gedik no no no..setelah sekian lama aku tak update blog tetiba update pasal walimatul urus. kahhh..entah apa-apa aku ni. tapi kan ni first time tau aku gi kenduri member (tak la member kamceng tapi coursemate kira member la kan LOL). dah la pergi tak plan awal-awal. sebelum ni ada la Fisya cakap pasal nak gi kenduri member ni tapi aku angguk-angguk geleng-geleng je. ada ada takde takde. tetiba malam sebelum kenduri tu Fisya ajak pegi. siap tolong cari keta sewa lagi. aku pon apa lagi, zasss..

dan perjalanan kami ke Hutan Melintang itu sangat lah smoothly..kahhhhh

mulakan perjalanan anda dengan mengambil gambar -_-'


akhirnyaa..


akibat terlalu banyak mengalami hentakan sepanjang perjalanan ke destinasi dituju, maka inilah hasilnya setibanya kami di hadapan rumah pengantin. oh ya, terima kasih kancil RM45 per 12 hour. LOL


dah sampai rumah pengantin haruslah makan kenz..gila kau perjalanan 2 jam tanpa sarapan pagi amat menyeksakan. nasib baik masa tu bukan aku yang drive. kalau tak harus aku meroyan kat tengah jalan. muahahahaha

dah habis makan baru nak amek gambar kan. nampak beno lapor nye..

selepas makan, sesi apa kawan-kawan? *BERGAMBAR*.. pandai..good cat good cat..jadi marilah kita bergambar dengan pengantin sambil verangan jadi pengantin. auwwwwwww

bergambar bukan main. tapi masa nak amek gambar dok panggil orang lain suh tangkapkan. kalau guna kamera sendiri takpe. ni pakai DSLR orang lain. haha credit to syamin yang jadi photographer tak berbayar untuk majlis ni. :p


oh by the way nama coursemate aku yang kawen ni k-rol. nama penuh dia aku lupa lak sebab seingat aku, sepanjang 5 sem kitorang kat UPSI ney, tak pernah aku sekelas ngan dia. memang la 1 course tapi kitorang ramai kot. ada 145 orang camtu la. tapi semua kenal each other. wife dia student UPSI gak. course seni kalau tak salah. aku rasa diorang kenal masa study kat sini kot. aku tak pulak gi tanya kan nanti nampak beno busy body..kahhh..tapi sweet kanzz...bertemu jodoh di UPSI (Univ. Pertemuan Suami Isteri) auwww..

majlis ni best tau sebab ramai bebudak course aku datang. happening kan majlis kawen kalau member-member yang otak giler-giler datang. aku rasa macam bukan datang ke kampung orang dah. macam ada kat kampung sendiri. punya la tahap tak tahu malu tu kan sampai buat macam kampung sendiri. kahh..


team pompuan


team laki

team errrr... -_-'


dah alang-alang gi Hutan melintang tu kan, apa lagi singgah la terus gi Menara Condong kat Teluk Intan. haaa tu aku citer next entri k kalau aku rajin. bajet la kan macam ada orang rajin nak tunggu aku update entri puiiii. ahhhh sukatilah aku punya blog. #cakapsendiri






2 comments:

  1. khairul azwan namanya.hahaha....kenal time depa sama2 suksis..:)lagi2??

    ReplyDelete
  2. hahahaha oke2 baru tau nama penuh dia -_-'
    apa lagi2? kenduri kau nanti aku buat la entri. hahahaha

    ReplyDelete