Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Monday, June 25, 2012

Cuti Part 2

Kitorang sampai Sandakan dalm pukul 8pm. Dalam tentatif kitorang kena sampai dalam pukul 5pm tapi memandangkan banyak sangat singgah sana singgah sini singgah sinun so terlajak 2 jam lewat. Malam tu kitorang bermalam kat SMK Segaliud. Sampai kat sekolah tu kitorang terus makan and mulakan program. Tak sempat nak check in kat asrama dulu sebab dah lewat.

Program tu program motivasi untuk pelajar tingkatan 1 sampai 6 atas dan yang join program tu hanya bebudak yang dok asrama je. Dalam 100++ orang pelajar yang ada dan dorang kena pecah kepada 10 kumpulan kalau tak salah. Kitorang ney pulak jadi fasi. 1 kumpulan 2 fasi. First time aku jadi fasi dan kena panggil CIKGU. oke aku tak biasa sebenarnya kena panggil cikgu so aku suruh pelajar group aku panggil aku kakak je. Macam tua gila aku kena panggil cikgu. esok-esok student aku panggil aku Miss Kathy je. HAHA

kakak-kakak aka cikgu-cikgu fasilitatorrr


kagum aku dengan student ni. dorang amek perhatian kot kat aku. eceh


Keesokan hari kitorang pergi Kg.Garinono untuk buat khidmat masyarakat. Kitorang gi bersihkan masjid yang baru siap dibina. Lepas bersihkan masjid, kitorang bertolak pergi Semporna lak. Destinasi pertama yang kitorang pegi kat Semporna ialah Bukit Tengkorak. Lawa dowh view dia dari atas bukit tu. Tapi disebabkan aku tak laratnye pun nak sampai atas tengok tapak arkeologi, aku berhenti sekerat jalan je. Dah la masa tu sakit pompuan aku datang. menggigil-gigil aku nak mendaki. Tapi berbaloilah sebab view dia chantek gila.

berbaloi-baloi (tangkap gambar guna kamera hp je)


bliss



Sampai kat pekan Semporna dalam pukul 6.30pm. Singgah makan kat pekan Semporna sebelum bergerak ke SMK Bugaya untuk bermalam di sana. Malam tu kitorang takde program, cuma raptai untuk program keesokan harinya (21 Jun). 

curi tulang. 
oh ya yang baju putih tu Dayah, tudung coklat tak pandang kamera tu CT. Kawan kepada Yati n Pretty. Inilah 'geng' aku kat Semporna. ;)



Esok harinya program motivasi untuk 9 buah sekolah menengah di daerah Semporna. Pagi buat program motivasi dan petangnya majlis penutupan. Masa majlis penutupan tu aku jadi mc terjun. mc asal pergi tawau ada hal so AJK Protokol takut mc asal tak sempat balik sebelum majlis mula so aku jadi back up. 2 minit sebelum VIP sampai mc asal pun muncul tapi dia suruh aku teruskan je. Aku pun terjun je lah gaya bebas sampai nama pegawai pelajaran daerah pun aku salah sebut. Dem. Tapi salah sekali je lah pastu aku sempat diperbetulkan. Tapi lagi dem bila kitorang (mc ada 2 orang) lupa sebut nama sebuah sekolah untuk naik pentas terima cenderahati. Padahal PK HEM dia ada je datang. Aku pun baru tau benda ni masa post mortem. Double dem. 



muka ceria seolah-olah mendapat motivasi baru. ceeewahhhh



Program tamat pukul 3.45pm camtu. Awal habis. So cepat-cepat bersiap sebab nak check out. Malam tu kitorang nak tido kat homestay (ke challet?). amboi laju je kalau dengar camtu. ni nak buat program ke nak jalan-jalan ni? (suatu suara bertanya). Dua-dua. 

orang terawal yang sampai di tempat penginapan yang baru. over kau jahhh.


Pengarah program larang kitorang (perempuan) mandi, sebab nak bagi adil kat budak lelaki. Budak lelaki lambat sampai so bila diorang sampai konon nak terus gi dinner la. Biar semua sama-sama tak mandi. Sekali bila budak lelaki sampai, semua gi mandi. Budak pompuan lah yang jadi mangsa tak mandi. Ini tidak adil! 

teka sape yang dah mandi -..-'


Malam tu kitorang dinner kat restoran Anjung Lepa. Aku agak ni restoran sekali dengan hotel sebab sebelah dia Seafest Hotel. Tisu kat meja kitorang pun tulis Seafest Hotel so aku agak makanan hotel lah kat Anjung Lepa tu.




ini Seafest Hotel. bersebelahan dengan Anjung Lepa.

Habis makan, terus balik tempat penginapan dan mandi. Memula nak borak-borak dulu ngan Yati, Pretty, CT n Dayah (itu plan awal sampai beli snek lebih kat Giant buat makan2 sambil borak). Tapi impian tinggal impian. Gara-gara kepenatan dan keselesaan bilim yang melampau semua lelap dengan cepat dan bermimpikan Pulau Mabul yang akan dilawat esok hari. ;)

Update minggu depan.




Cuti

Apakah salah satu pengalaman terindah apabila bergelar student? Cinta kampus? Mungkin. Jadi MPP? Oh great. Repeat paper? Naaahh. Ikut program anjuran U? ABSOLUTELY. Aku ini walaupun sudah sem 4, tapi aku  lah manusia yang paaaaaling malassss join aktiviti U ni. entah la kenapa. Padahal masa sekolah dulu aku aktif kot. Mungkin aku dah terkena sindrom BOSAN. Namun begitu, aku tidaklah pula membiarkan kemalasan itu membelenggu diri lantaran memikirkan kekurangan pengalaman dan juga sijil yang aku miliki. Aku khuatir jika kecetekan ilmu membuatkan aku gagal menempuh alam praktikum nanti. Cessss ayat nak skema je puihhh!!

So hari tu, dua hari lepas pulang ke rumah manis rumah, aku gerak pegi Program Dikayuh Pangataian anjuran IKSAS (Ikatan Sepadu Anak Sabah) UPSI. First time la aku ikut program cenggini. 4 hari kitorang buat program start dari KK-Sandakan-Semporna. Best lah. FYI, walaupon aku ni anak jati Sabah, aku tak pernah pegi Semporna okayy. Jauh kot Semporna. Nasib baik aku tak muntah dalam bas.

So here starts our journey.....

19 Jun, semua berkumpul kat KK. Kitorang bertolak ke Sandakan dalam pukul 10am camtulah sebab kitorang singgah ambil beberapa orang peserta program kat airport. Kat KK, kitorang singgah Menara Tun Mustafa aka Yayasan Sabah dulu. Saja amek gambar kenangan sebab ada sesetengah peserta yang bukan orang KK tak pernah gi situ. Aku takde amek gambar kat situ. Yelah rumah aku dekat je kot dengan menara tu. Bosan dah aku tengok. LOL. Pastu kitorang singgah UMS. Ambil gambar jugak. Ni pun aku tak camwhore sensorang sebab bosan dah. Masa amek gambar ramai-ramai je aku join.

Actually kan aku takde geng tau join program ni. Maksud aku, geng yang boleh huha-huha sekali dengan aku. Kalau kawan-kawan ada je kat sini tapi bukan yang boleh duduk semeja makan sama-sama mengumpat sama-sama. Aku jadi lone ranger. Memang kalau dalam persatuan IKSAS pun aku lone ranger. Aku kenal je semua JK tertinggi dia tapi hakikatnya aku sorang-sorang je. Kalau nak cakap benda-benda formal boleh tapi kalau nak cakap merepek, tak in. Masa kitorang singgah kat kedai makan untuk lunch, aku cuak dah. Aku benci gila moment di mana kau kena makan sorang-sorang padahal orang lain ada geng. Takkan aku nak masuk geng orang kan? Bukanlah aku sombong tapi aku tau cara pompuan bergeng. Kalau lelaki rilek je jabat tangan terus boleh duduk makan semeja sebab dorang sembang benda-benda general macam bola, politik (kot) etc. Kalau pompuan ni kau takleh sembarang masuk geng. Aku tau lah sebab aku pon rasa awkward bila orang lain masuk geng aku. LOL

Tapi alhamdulillah.. Allah Maha Penyayang. Masa gi makan tu aku duduk semeja dengan dua peserta perempuan ni. Memandangkan diorang berdua je kan so aku berani la nak join sekali. Cer punya cer rupanya yang sorang ni memang kenal aku. Dia kawan kazen aku masa sekolah dulu. Kazen aku tunjuk FB aku kat dia. Lama-lama sembang aku rasa macam in je aku dengan diorang ni. Nak-nak lagi kitorang memang sama-sama sem 4, so senang lah cer. Dorang major sejarah, aku minor sejarah, so bila awal-awal perkenalan tu cerita pasal subjek sem depan kira dapat masuk lah kan. Cessss first impression kena lah sembang akademik sikit. LOL. Since that day aku join je mana dorang pegi. Dorang pon macam paham je kan aku ni kesian takde geng jadi dorang tak mengabaikan aku. haha sedih gila keadaan aku.

dari kiri : aku, Yati, Pretty @ Ann (dia ada 2 nama panggil je mana anda suka).

Itulah mereka yang menceriakan hari-hariku sepanjang 4 hari program berjalan. Yang sudi meregister bilik sama-sama dengan aku walaupun akhirnya kitorang dipisahkan sebab tak cukup bilik dan yang sudi kejut aku bangun pagi walaupun bilik aku kat atas dorang kat bawah. 

Cerita belum habis. Lain hari wa sambung. 

Friday, June 15, 2012

Setiap Gambar Ada Lagu (untuk dia heyy untuk dia untuk dia....)

Hari ney aku paper minor sejarah. Alhamdulillah esok last payyyyyypeeerrrrr pastu boleh balik KK yuhoooo..  Semalam aku meluangkan masa beriadah dengan mencipta lagu. Lagu la sangat. Nasib baik dapat jawab paper tadi. Kalau tak nangis tak berlagu la aku. Orang lain ada paper study kat library. aku lak study kat taman. Jadi kalau tak menyampah silalah menatap setiap gambar ada lagu di bawah. 




Lagu pertama. 

Kau sempurna bagiku, tak kurang sesuatu,kau terima apa adakuuuu.. 
(aku tengok gambar ney terus lagu tu berkumandang d telinga. ceiitttt)



Lagu Kedua

kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..aku tak habis paper lagi tapi aku pegi outing oh owuowuo.. aku memang la ohsem.. (lagu apakah?)



Lagu Ketiga

you don't know o oh.. you don't know me beautifool.. -_-'



Lagu Keempat

tiada keretaku bawa kau jalan-jalan..basikal ku pun ini atok aku yang punya..



Lagu Kelima

matanya lirik-lirik selalu..errrr... (tet!!!! lampu merah Jangan Lupa Lirik)








habis lagu sudah 




kalau ada sape-sape berminat untuk mendapatkan khidmat photographer ni (bukan aku), sila la berhubung dengan beliau (Zell)




ada orang cakap muka aku macam Mongolian kat pic ney. wat say you?