Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Monday, June 25, 2012

Cuti

Apakah salah satu pengalaman terindah apabila bergelar student? Cinta kampus? Mungkin. Jadi MPP? Oh great. Repeat paper? Naaahh. Ikut program anjuran U? ABSOLUTELY. Aku ini walaupun sudah sem 4, tapi aku  lah manusia yang paaaaaling malassss join aktiviti U ni. entah la kenapa. Padahal masa sekolah dulu aku aktif kot. Mungkin aku dah terkena sindrom BOSAN. Namun begitu, aku tidaklah pula membiarkan kemalasan itu membelenggu diri lantaran memikirkan kekurangan pengalaman dan juga sijil yang aku miliki. Aku khuatir jika kecetekan ilmu membuatkan aku gagal menempuh alam praktikum nanti. Cessss ayat nak skema je puihhh!!

So hari tu, dua hari lepas pulang ke rumah manis rumah, aku gerak pegi Program Dikayuh Pangataian anjuran IKSAS (Ikatan Sepadu Anak Sabah) UPSI. First time la aku ikut program cenggini. 4 hari kitorang buat program start dari KK-Sandakan-Semporna. Best lah. FYI, walaupon aku ni anak jati Sabah, aku tak pernah pegi Semporna okayy. Jauh kot Semporna. Nasib baik aku tak muntah dalam bas.

So here starts our journey.....

19 Jun, semua berkumpul kat KK. Kitorang bertolak ke Sandakan dalam pukul 10am camtulah sebab kitorang singgah ambil beberapa orang peserta program kat airport. Kat KK, kitorang singgah Menara Tun Mustafa aka Yayasan Sabah dulu. Saja amek gambar kenangan sebab ada sesetengah peserta yang bukan orang KK tak pernah gi situ. Aku takde amek gambar kat situ. Yelah rumah aku dekat je kot dengan menara tu. Bosan dah aku tengok. LOL. Pastu kitorang singgah UMS. Ambil gambar jugak. Ni pun aku tak camwhore sensorang sebab bosan dah. Masa amek gambar ramai-ramai je aku join.

Actually kan aku takde geng tau join program ni. Maksud aku, geng yang boleh huha-huha sekali dengan aku. Kalau kawan-kawan ada je kat sini tapi bukan yang boleh duduk semeja makan sama-sama mengumpat sama-sama. Aku jadi lone ranger. Memang kalau dalam persatuan IKSAS pun aku lone ranger. Aku kenal je semua JK tertinggi dia tapi hakikatnya aku sorang-sorang je. Kalau nak cakap benda-benda formal boleh tapi kalau nak cakap merepek, tak in. Masa kitorang singgah kat kedai makan untuk lunch, aku cuak dah. Aku benci gila moment di mana kau kena makan sorang-sorang padahal orang lain ada geng. Takkan aku nak masuk geng orang kan? Bukanlah aku sombong tapi aku tau cara pompuan bergeng. Kalau lelaki rilek je jabat tangan terus boleh duduk makan semeja sebab dorang sembang benda-benda general macam bola, politik (kot) etc. Kalau pompuan ni kau takleh sembarang masuk geng. Aku tau lah sebab aku pon rasa awkward bila orang lain masuk geng aku. LOL

Tapi alhamdulillah.. Allah Maha Penyayang. Masa gi makan tu aku duduk semeja dengan dua peserta perempuan ni. Memandangkan diorang berdua je kan so aku berani la nak join sekali. Cer punya cer rupanya yang sorang ni memang kenal aku. Dia kawan kazen aku masa sekolah dulu. Kazen aku tunjuk FB aku kat dia. Lama-lama sembang aku rasa macam in je aku dengan diorang ni. Nak-nak lagi kitorang memang sama-sama sem 4, so senang lah cer. Dorang major sejarah, aku minor sejarah, so bila awal-awal perkenalan tu cerita pasal subjek sem depan kira dapat masuk lah kan. Cessss first impression kena lah sembang akademik sikit. LOL. Since that day aku join je mana dorang pegi. Dorang pon macam paham je kan aku ni kesian takde geng jadi dorang tak mengabaikan aku. haha sedih gila keadaan aku.

dari kiri : aku, Yati, Pretty @ Ann (dia ada 2 nama panggil je mana anda suka).

Itulah mereka yang menceriakan hari-hariku sepanjang 4 hari program berjalan. Yang sudi meregister bilik sama-sama dengan aku walaupun akhirnya kitorang dipisahkan sebab tak cukup bilik dan yang sudi kejut aku bangun pagi walaupun bilik aku kat atas dorang kat bawah. 

Cerita belum habis. Lain hari wa sambung. 

No comments:

Post a Comment