Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Saturday, April 27, 2013

Perangai

Aku ada satu perangai buruk, yang daripada dulu, sampai sekarang, susah aku nak buang. yakni,



















dendam.

ni bukanlah macam dendam kesumat sampai nak bunuh orang. bukan. aku punya dendam ni macam, once orang tu buat taik dengan aku, aku akan ingat sampai bila-bila. even aku tak marah terang-terang pon tapi benda tu akan berbekas di hati sampai bila-bila. contoh orang tu buat something yang buat aku kecil hati, tapi aku tak cakap kat dia yang aku kecil hati (aku memang tak pernah cakap kat orang pon yang aku kecil hati kat orang berkenaan), dan lama-lama benda tu akan jadi benci. apatah lagi bila orang tu buat again and again and again.

aku tak tau kenapa aku susah nak lupakan. aku lebih senang sebenarnya maafkan kesalahan orang yang aku sound selamba badak. dan biasanya orang yang aku sound direct ni, aku takkan ingat pun kesalahan diorang untuk jangka masa panjang. aku siap boleh ungkit lagi kesalahan yang diorang buat tu sambil gelak-gelak. macam jadi bahan lawak la untuk memeriahkan suasana. contoh macam orang tu terpecahkan gelas kesayangan aku pastu aku marah dia masa tu jugak, lepas tu esok lusa benda tu aku lupa lah.

perangai aku yang suka dendam ni, cenderung kepada orang yang tak tahu dia buat salah. dia ingat dia je betul. dan dia tak muhasabah diri. salah aku jugak kot. aku tak pernah tegur secara jujur dan berani (berdepan).

dan sebab perangai aku ni jugak, aku tak suka 'kumpul' kawan. kalau ada sesiapa perasan, aku ni jenis yang kekal dengan kawan yang sama for a years. aku tak mudah tukar kawan semudah tukar roomate (kalau anda tinggal dalam kolej kediaman). sebab nak jaga perhubungan bagi aku susah. sebab once aku berkawan, aku akan jaga hati kawan tu baik-baik. berusaha untuk tak buat dia kecik hati.

so, yeah. inilah perangai aku dalam berkawan. aku buat entri ni untuk buat orang faham (kot). aku tak perfect dalam berkawan. aku tau kawan-kawan aku pun stress gak dengan aku kadang-kadang. tapi aku tak pernah, dengan sengaja, buat kawan aku terasa, dengan pergi KL bersama orang lain, padahal aku dah janji dengan kawan baik nak pergi KL sama-sama, hanya kerana 'orang lain' itu pergi KL naik kereta, dan kawan baik aku hanya naik bas.


sekian.


No comments:

Post a Comment