Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Saturday, May 19, 2012

Di atas Normal

Pernah tak kau rasa, tiba-tiba kau teringat 'dia'. Dia yang dah lama kau ingat kau dah lupakan. Semua secara tiba-tiba. Tanpa ada kau sms, tanpa ada kau stalk profile FB dia. Perasaan tu macam kau bangun pagi, dan tiba-tiba 'kenapa aku rindu dia?' Aduh ini perasaan kadang-kadang di atas normal. Kaki di kepala, kepala di kaki. Gila kan?

Adik aku pernah cakap, lagu 'tak mungkin kerana sayang' tu lagu orang hipokrit. kalau kau tak sayang buat apa kau kenang, ye tak? Aku rasa ini perasaan yang aku alami sekarang. "kau telah jauh, jauh dariku, tiada ruang di hati buatmu, namun harus ku akui, ada ketika di minda kau menjelma kembali.." puihh!! gila jiwang.

aku pun tak tau la kenapa dengan aku ni kan. Hari tu entah kenapa aku boleh ingat pulak kata-kata dia kat aku dulu. aku pernah cakap kat dia, "kau dah kunci hati aku'" (oke aku tau ini ayat bodoh jiwang budak umo 16 tahun.) pastu dia jawab "aku dah buang anak kunci tu jauh-jauh dalam sungai. biar takde orang jumpa. biar takde orang boleh bukak hati kau selain aku." macam tu lah bunyik ayat dia walaupun bukan sebijik-sebijik macam tu yang dia cakap. aku rasa kadang-kadang apa yang dia cakap tu macam betul. aku tak boleh nak lupa dia 100%. bodoh kan? bukanlah aku tak boleh lupakan dia tu maksudnya aku masih nak dia balik kat aku. bukan. tapi aku rasa macam "kenapa kami putus? kenapa kami harus putus?" janji-janji kami dulu aku masih ingat sampai sekarang. dah 4 tahun kot kami putus. dan kalau kami masih kapel hubungan kami dah cecah 6 tahun dah. kalau kawen mesti anak dah 3 orang (kalau spesis produktif la).

'dia' dah ada orang lain, aku pon dah ada pengganti dia. aku dah teruskan hidup. walaupun selama setahun selepas kami putus aku rasa macam di awang-awangan. bangun pagi nangis, nak tido nangis. sangat bodoh. tapi alhamdulillah aku tak bunuh diri. paling awesome bila aku boleh senyum (fake) bila dia kenalkan aku dengan gf dia. sakit oke. tapi aku teruskan hidup tanpa berharap aku akan jumpa pengganti dia. masa tu aku hanya fikir kalau aku takde bf sampai bila-bila, aku mintak je mak ayah aku carikan calon suami untuk aku. senang cer.

mungkin sebab terlalu terkesan dengan kesakitan-kesakitan lalu tu lah yang buat aku ingat dia. tak sangka chenta seorang budak hingusan umo 16 tahun terkesan sampai sekarang. and kalau kami masih kapel, mungkin kami study sama-sama sekarang. dulu masa aku form 4, dia umo 19 (diploma). dia nak tunggu aku habis sekolah, pastu kitorang plan sambung degree sesama. aduh kenangan tu..please la kenapa aku takleh stop ney.


*huh

9 comments:

  1. sya thu siapa...baka2 kali... follow nati ya . http://freedom-sharwin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. sangat pernah terasaaa... sebab semua kenangan pahit T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. terlalu byk kenangan manis sampai pahit sgt utk tahu hakikat yg dia tlg pergi. ceewaaahhh

      Delete