Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Tuesday, February 26, 2013

Percutian Bajet ke Pulau Langkawi Part III






Hari tu kan, aku dah nak give up dah tulis entri pasal trip ke Langkawi ni. Sebab mula-mula aku sangka aku dah terformat gambar-gambar aku yang guna kamera lagi satu. Gambar sebelum ni tangkap pakai Nikon DSLR (pinjam orang LOL), pastu habis bateri so guna la kamera aku yang comel kaler pink baru beli kat Pertama Complex harga RM330 habis murah dah tu lalalalalala.

Sekali macam mana entah hari tu aku Nampak kat satu folder aku nama ‘KL’, ada gambar kat Pulau Beras Basah. Sekali bukak laa ada rupanya gambar-gambar tu tak hilang pun. Salah letak je. Apa la aku ni macam mak nenek. So let’s continue our journey.

Pulau Beras Basah adalah destinasi terakhir kami untuk island hopping. Dalam pukul 1 kitorang dah kat jeti. Balik motel van yang sama hantar kitorang. Kejap je kat motel, pastu keluar nak gerak gi destinasi seterusnya. Singgah makan kat lori gerai tepi airport. Sebelum gi Langkawi aku dah tergoogle gerai makan ni. Terus suggest kat Fisya ngan Ika makan kat sini. Diorang on je. Makan kat sini best woo.. kau nak tengok kapal landing ke, tengok laut ke, pilih je pemandangan apa kau nak. Boleh nampak cable car jugak dari kejauhan. Kitorang bertiga order laksa. Dah nama gerai dia Laksa Pulau. Tapi satu je lah kau kena tahan. Kau kena fight dengan angin untuk memastikan makanan masuk ke mulut dengan jayanya. Takut tudung kau yang makan laksa nanti.


Laksa : RM3.50
Milo Ais : RM2.00


RM20K no discount. eh?


Lepas dah kenyang, kitorang meneruskan perjalanan ke cable car. Hajat hati memang tak nak naik pun. Sebabnya Ika dah pernah naik. Dia cakap takde apa pun kat atas tu. Tengok pemandangan je. Aku pun taklah beria sangat naik cable car sebab aku serik naik cable car Genting dulu. Bukan gayat, tapi bosan. Slow je gerak. Laju lagi jalan kaki. Lagipun kitorang kejar masa. Banyak lagi tempat nak pegi. Tu pasal tak naik cable car. So kitorang just jenjalan kat Oriental Village, bawah cable car tu. Aku ingatkan ada apa la yang menarik kat sini kan sebab tengok nama macam tempat sejarah je. Rupanya tempat shopping souvenier semata. Kitorang cuci mata je lah. Kat luar tu ada perkhidmatan naik bas itik. Bas tu boleh jadi bot jugak. Dia akan bawa kau gi ronda kat laut area tu naik bot. Ada la destinasi tertentu dia. Aku lupa berapa dia charge untuk sekepala. Dalam belas-belas ringgit kalau tak salah. Kitorang nak merasa naik benda alah tu tapi memandangkan kena kejar masa, so tak jadi lah naik. Next time kalau aku datang Langkawi lagi, aku try naik itik ni. 






Next destination, Makam Mahsuri. Bayaran masuk RM7 lau tak salah tapi kitorang tak masuk. cukup 
syarat amek gambar kat luar je. boleh? 



eh terlupa, sebelum tu kitorang singgah kedai jual minyak Gamat kat simpang ke Makam Mahsuri tu. Apetah nama tmpat tu lupa dah. Aku tak beli. Fisya je beli. Aku amek gambar je. kalau korang tak dapat singgah kedai jual gamat pon takpe sebab kat makam mahsuri ada je bazar kat luar tu yang jual produk gamat. harga pon lebih kurang je. so takyah risau.

poyo je ni

Lepas tu kitorang gi Beras Terbakar lak. kat sini kitorang tak amek gambar sebab kusyuk shopping. Kat sini aku beli fridge magnet RM10 3 pieces, keychain Langkawi RM5 5 pieces. Keychain yang aku beli ni jenis steel ke apa tah tapi yang berat tu. bukan jenis ukiran kayu so kira murah la kan dapat RM1 each. Kalau keychain material kayu tu rasanya RM10 12 pieces. Bolehlah bagi kat sepupu sepapat dan sahabat handai. 

Dah puas ronda kat Beras Terbakar, kitorang gi destinasi yang digilai pelancong tempatan khususnya.. PEKAN KUAH!! eceh macam surprise sangat kan. Kat sini kitorang borong coklat kat Haji Ismail Group. Takde der nak ambil gambar bagai. Tak sempat. Harus kusyuk pada shopping. Fisya ngan Ika beli masing-masing beli pan. Aku je tak. Mak aku tak nak so takyah beli. haha.. Beli coklat je sudah. Kat sini je aku borong coklat dalam RM150. Tapi bukan semua aku punya. Aku punya bajet dalam RM50 je. RM70 tu orang punya. Nanti aku listkan senarai harga coklat yang aku beli kat HIG ok. Aku bagi habis dulu cerita pengembaraan aku ni. eceh.

Sebelum gi HIG aku menyimpang lagi kat satu kedai tu. Area HIG gak. aku beli seluar pantai harga RM12 ngan pario pon RM12 gak. Ni sebab kes jeles ngan Ika ngan Fisya la ni. A day before diorang dah beli seluar pantai masa aku belum sampai Langkawi. Malam terus pakai wat seluar tido. maka aku pun berazam untuk mendapatkan satu sebab seluar ni selesa. Sape tak tau seluar pantai tu apa, tu haa macam seluar aku pakai kat dalam gambar. Tak tau lah kalau korang panggil apa tapi aku panggil seluar pantai. haha. Pario pulak aku dah lama nak beli tapi selalu nampak RM20 ke atas. macam tak berbaloi lak. so bila jumpa pario kat kedai yang sama dengan kedai jual seluar pantai, aku beli la terus. alang-alang kaaannnn..

Bila hari dah gelap kitorang still kat Kuah. Cari baju pulak. standard la kan gi melancong mesti nak cari baju yang ada tulis nama tempat tu buat souvenier. Round punya round tak dapat baju yang dicari sebab harga tak berapa berkenan walaupun baju dah oke. Last-last aku beli je baju kaler hitam harga RM10. sedih betul satu aku belikan untuk *ehem satu lagi untuk aku. Ada je baju harga RM5 tapi sendiri mau ingat la jenis kain dia camne. Kalau budak kecik pakai oke lagi tapi kalau dewasa tak sesuai kot. nipis sangat pastu tak selesa. nak pakai kat rumah pun pikir 2x. 

Dah dapat baju baru kitorang balik ke Pantai Cenang. Cari makan dulu apa-apa hal pun. Kitorang makan kat kedai Siam Muslim. Haji Jelani ke apa ntah nama aku lupa. Kedai tu kat simpang jalan. Dekat dengan Casa Del Mar or Laman Padi. Sape stay kat Pantai Cenang nanti boleh lah usha kedai ni. Makanan dia boleh tahan la (compare ngan kedai malam sebelumnya). Aku makan nasi goreng kampung ngan air laici (kot) dalam RM6.50++. Lupa dah harga berapa. Ni lah padahnya suka pospone entri. Semua aku lupa. haish. 

muka berlengas. -_-


Lepas makan, balik motel. Turunkan barang-barang dari kereta sebab nak pack dalam beg. lepas tu aku ngan Fisya keluar balik ronda-ronda.. Ika tak larat dah nak ikut. saja je kitorang gi cuci mata sebab area tempat tinggal kitorang tu banyak kedai. happening betul. kalau jalan kaki sepanjang area tu pon tak bosan. tapi memandangkan minyak keta kitorang masih banyak dan esok kitorang tak gi mana pun, so baik kitorang guna keta je. jimat masa dan tenaga. ^^

sehari suntuk berjalan

kat sini aku ambil kesempatan untuk beli another baju Langkawi. Ni aku tak bajet nak beli tau. Mula-mula aku nampak 1 baju yang aku suka (masa kat Kuah lagi aku suka baju ni tapi harga agak mahal so tak beli). Aku saja je nlah tanya pekedai tu harga baju ni. sekali dia cakap RM15 je. Terus aku rembat 1 untuk bagi ayah aku. Kain baju tu better compare ngan baju aku beli harga RM10 kat Kuah. jauh beza kualiti dia. paling penting, aku dapat ngan harga jauh lagi murah. kalau aku tau kat Pantai Cenang ni pon ada jual baju murah, tak payah aku susah-susah beli kat Kuah. so you all nanti jangan jadi macam I okay? kalau tinggal kat area Pantai Cenang tu don't worry berlambak kedai souvenier. baju good quality harga sekitar RM15-RM20. lebih dari itu aku consider as mahal. hehehe

bila dah ada beberapa kedai nak tutup, kitorang pun pulang ke pangkal jalan (motel). masa on the way tu boleh pulak ada pemeriksaan polis. haru aku kejap dah lah tak pakai seat belt. masa tu aku yang drive. kalau Fisya drive lagi gelabah kot kitorang sebab tak letak P. (masalahnya pemanduan orang yang ada P dan dah lama takde P adalah sama. cane tu? lalalalalala) masa aku dok kalut pakai seat belt ada mamat yang duduk kat luar kedai tepi jalan tu gelakkan kitorang. kuang hasam betul. polis tu bukan cek apa pun. tak tau apesal tiba-tiba ada pemeriksaan polis. so korang hati-hati lah ye. konfiden level kitorang tinggi pada mulanya sebab sepanjang kat Langkawi Ika cakap dia tak nampak polis mahupun trafik. boleh?

maka berakhirlah hari itu dengan kegembiraan dan kepenatan. nanti aku sambung entri senarai harga coklat yang aku beli. babai.




1 comment:

  1. Assalamualaikum Tuan/Puan.


    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


    ReplyDelete