Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Tuesday, August 7, 2012

HERO

Sukan selalu menyatu padukan rakyat Malaysia. Kalau tengok sukan yang melibatkan atlet Malaysia macam bola sepak, badminton etc mesti happening gila bila tengok ramai-ramai. Bila menang sorak sorai sampai bergegar kedai mamak. Tapi bila kalah pulang dengan rasa hampa. dan kalau ada yang sensitif tu sampai nangis tengok atlet kesayangan terduduk kecewa di tengah gelanggang tak dapat gold medal pertama untuk Malaysia (aku sedih sikit. tak sampai nangis. tehee you know what i mean)

Rakyat Malaysia sangat supportive. Semua faham tanggungjawab yang ditanggung atlet untuk mengharumkan nama negara. Sebab tu masa Dato Lee Chong Wei dapat pingat perak je hari tu, home FB dan timeline twitter penuh dengan kata-kata semangat yang ditujukan buat DLCW. kalau kat home aku, semua bangga dengan DLCW. dia fight habis-habisan. bila DLCW tweet "I'm sorry", sedih gila aku rasa. dan aku rasa bodoh gila bila ada orang tertentu yang cakap buruk pasal DLCW. kalau orang luar takpelah, ini rakyat Malaysia sendiri. ada tu ADUN lagi. nasib baik dah mintak maaf. kalau tak, baik kau keluar parti. takde orang nak mengundi kat PRU nanti. eh?

Orang luar pun tau nak hargai DLCW. jadi kalau kita orang Malaysia ni tak hargai dia, silalah tukar kewarganegaraan anda.

ambil dari 9gag. bukan setakat Malayisan je, non Malaysian pon respect dengan DLCW. beliau berlatih selama 2 minggu je sebelum olimpik sebab baru pulih dari injured. kesian oke. klik sini kalau nak tengok komen.


kesungguhan DLCW memang mengagumkan ramai orang. semua orang perasan betapa kecewanya DLCW bila tak dapat gold medal. bukan sebab terlepas habuan 4 juta (ni kosmo punya tajuk berita. macam harromm), tapi sebab dia tak dapat peuhi impian rakyat Malaysia yang mahukan emas untuk olimpik. semua orang di negara luar pun akan bangga kalau ada atlet macam DLCW kat negara dorang. DLCW kebanggaan Asia you know ;)



Ubah cer pulak. petang tadi aku tengok acara 110 meter lari berpagar. Kesian oke tengok Liu Xiang jatuh. Liu Xiang ni atlet China. Aku tak kenal Liu Xiang ni. Adik aku yang mula-mula ajak aku bet, aku sokong sape. Aku kalau acara balapan ni aku sokong orang kulit gelap je. Jamaica ke, Nigeria ke, USA ke, janji gelap. sebab tu yang laju lari. Tapi adik aku sokong Liu Xiang. Nasib baik aku paham apa pengulas tu cakap. Liu Xiang ni juara olimpik 2004, pastu menang perak olimpik 2008. pergh patut la adik aku sokong dia. main tipu betul dia dah kenal awal-awal. Tapi tadi malangnya dia jatuh. Sedih pulak aku tengok. walaupun jatuh dan kaki dia injured, dia teruskan gak habiskan larian. kalau dia atlet Malaysia mau nangis gak aku. wuwuwuuu



BTW malam ni Azizul Hasni Awang akan ke final acara keirin. doakan yang terbaik buat Malaysia. juga buat sorang penerjun papan anjal lelaki (lupa nama) yang akan ke final jam 2am waktu Malaysia dan Pandalela yang aku tak tau bila acara dia mula. Good luck Malaysia!

Sunday, July 15, 2012

AKU HARAP KAU BANKRUPT

Selama ney aku suka beli baju secara online. dan selama ini jugak aku tak pernah kena tipu. hinggalah baru-baru ini..(ini je ayat baik sebab aku baru edit. ayat di bawah semua penuh maki hamun sebab ditulis sejam selepas kejadian.)

Gila sial punya kedai kain. Ya Allah.. aku sumpah la kedai kain ney bankrupt. Aku pun xtau macam mana nak start cer aku sebab aku dah sakit hati sangat sampai tangan pon bergegar-gegar menaip. Gila kentang dia menipu sampai takde rasa bersalah pon! kau bayangkan aku beli kain 10 pasang, 9 pasang je dia hantar!! pastu 4 pasang je yang betul. Gile tak menyirap aku.

sepatutnya daripada awal lagi aku tak gatal beli kain tempat dia. balas emel aku pon macam sial nak tak nak je layan customer. tapi aku teruskan aje sebab kedai tu jual murah. memang murah daripada tempat lain tapi tak sangka dengan owner dia sekali murahan tak reti layan pelanggan!! eh siallah puihhh!



rujuk print screen. masa ney aku dah transfer duit dah. aku attach kat dia lagi resit tu. dia suruh aku isi borang pengesahan kat website. aku tak jumpa borang tu kat mana. maklum la noob kan. tapi kau tengok, aku tanya borang pengesahan kat mana, dia tanya aku balik soalan tak berkaitan. aku dah attach kot resit tu! ape ka soklan bodoh dia bagi aku. aku saja tak sensorkan email dia. korang google la cari nama kedai ney. biar korang tak kena tipu macam aku. 

dah 2-3 hari pastu, baru aku jumpa borang pengesahan. dalam 2 hari selepas aku transfer duit baru aku jumpa borang tu. pastu dia cakap dia akan send barang dalam masa 3-5 hari waktu bekerja. Hari Sabtu aku nak balik Sabah dah. so aku sms la kat dia minta dia kirim awal sebab aku takut bila barang tu sampai, aku dah takde kat Tg Malim (aku guna alamat aku kat TM untuk barang tu). 

aku dok sms dia tak reply pon. giler sial lah kan. panas dowh aku. aku tak dapat nak print screen mesej aku dengan dia kat sini sebab hp aku ney cikai je. nak amek gambar, tak nampak lak tulisan tu. tapi kalau ada yang masih tak percaya, nanti aku tangkap gambar and bagi korang tengok mesej tu.

seperti yang aku jangka, bila aku dah sampai KK, beberapa hari kemudian, barang tu sampai ke Tg Malim. sabar je lah. masa tu takpe lagi. aku pikir takpelah, asalkan barang sampai. so aku mintak tolong member aku yang masih stay kat TM untuk poskan barang tu kat aku. Lagipun member aku ney, dia beli sekali kain kat aku. so aku suh la dia bukak dulu bungkusan tu amek kain dia then baru pos kat aku. memandangkan dia agak bz, so semalam baru dia dapat pos barang kat aku. pagi tadi kain tu sampai. 

Bila aku bukak....tadaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! KEJADAH KAIN NI LAIN MACAM JE CORAKNYA? bukan 1 bukan 2, tapi 5 kain yang dia salah bagi!!! pastu bila dikira, kain tu ada 8 sahaja. bila aku tanya member aku, dia cakap dia ambil 1 je kain. kalau korang pikir member aku ambil kain tu lebih, I don't think so. aku tetap rasa kedai tu jugak yang salah sebab ada 1 kain tu, dia bagi 2 pieces, tapi 2 meter each and sama kaler. pada aku, aku still kira tu sebagai sepasang sebab dia 2 meter each je. so kalau ikut teori aku, memandangkan owner kedai tu memang bengap, so dia kira kain 2 meter each tu sebagai sepasang kain. 


Rujuk gambar. Dalam pic tu, kain yang aku order ialah kain kat atas paling kiri dan paling kanan serta kat bawah no 2 dari kanan. yang lain-lain aku tak order. yang kat bawah belah kiri dan kanan aku ada order corak yang sama cuma kaler yang aku mintak ialah hitam dan pink tapi dia bagi biru gelap dan biru muda. 
dan kalau anda semua pandai mengira, jumlah kain adalah 8. sepatutnya ada 9 setelah kawan aku ambil 1. 




you see ini dua kain nampak macam sama? ya memang sama pon. yang belah kiri tu dia punya corak kaki. 2 meter each. jadi aku rasa inilah yang membuatkan mereka salah kira. padahalnya kain aku dia baru masukkan 8 pasang. 

aku sebenarnya order kain tu kat sini. http://www.shawl-murah.com/ tapi memandangkan kedai ni perniagaan adik beradik, so bila aku order, link form aku sampai ke sini. http://assyaima-kainea.blogspot.com/

kalau korang perasan, cuba tengok testimoni pelanggan dia. takde yang betul2 puas hati. mesti ada yang cakap ada kain or tudung yang berlainan corak daripada permintaan asal. sesuka hati tok nenek dia je kan bagi corak kain. saje la nak bagi habis stok padahal pelanggan kau dok mengamuk kau salah bagi kain. at least bagi tau la kalau corak tu dah takde. ini balas sms pon tidak, emel apetah lagi. aku haramkan duit aku tu.  biar kau bankrupt. 

ni lagi best. tadi lepas dapat kain tu, aku terus sms orang tu. tapi takde dah aku beradab sopan. sebab selama ney aku sms dia tak reti nak balas. kali ney aku takde dah nak sms sopan santun. aku sound je terus.

"ya Allah makcik!!! kain yg kena kirim dgn sy smua salah!! makcik x rasa bdosa ke tpu pelanggan? taubat la makcik." 
pastu dia reply pulak..owh pandai reply mesej rupanya. ingatkan tak pandai.
"ok terima kasih"
giler kentang makcik ney. dah tipu orang boleh rilek pulak. aku tak puas hati, aku sms lagi.
"dah biasa tipu orang rupanya."
paling best dia jawab..
"Iyer. Terima kasih."
pergh!! gila la. mintak-mintak kau bankrupt. then aku sms lagi.
"sy x halalkan duit sy tu. kedai tu milik awak adik beradik kn? hdp la korg dgn duit menipu."
kali ney dia bajet ustazah pilihan lak.
"Iyer. Semoga allah memberkati."
oke..aku pon nak jadi ustazah.
"smoga Allah mgampunkan dosa anda."

ini dia aminkan. aku malas nak sms dah. aku harap dia bankrupt. korang aminkan boleh? 


Monday, June 25, 2012

Cuti Part 2

Kitorang sampai Sandakan dalm pukul 8pm. Dalam tentatif kitorang kena sampai dalam pukul 5pm tapi memandangkan banyak sangat singgah sana singgah sini singgah sinun so terlajak 2 jam lewat. Malam tu kitorang bermalam kat SMK Segaliud. Sampai kat sekolah tu kitorang terus makan and mulakan program. Tak sempat nak check in kat asrama dulu sebab dah lewat.

Program tu program motivasi untuk pelajar tingkatan 1 sampai 6 atas dan yang join program tu hanya bebudak yang dok asrama je. Dalam 100++ orang pelajar yang ada dan dorang kena pecah kepada 10 kumpulan kalau tak salah. Kitorang ney pulak jadi fasi. 1 kumpulan 2 fasi. First time aku jadi fasi dan kena panggil CIKGU. oke aku tak biasa sebenarnya kena panggil cikgu so aku suruh pelajar group aku panggil aku kakak je. Macam tua gila aku kena panggil cikgu. esok-esok student aku panggil aku Miss Kathy je. HAHA

kakak-kakak aka cikgu-cikgu fasilitatorrr


kagum aku dengan student ni. dorang amek perhatian kot kat aku. eceh


Keesokan hari kitorang pergi Kg.Garinono untuk buat khidmat masyarakat. Kitorang gi bersihkan masjid yang baru siap dibina. Lepas bersihkan masjid, kitorang bertolak pergi Semporna lak. Destinasi pertama yang kitorang pegi kat Semporna ialah Bukit Tengkorak. Lawa dowh view dia dari atas bukit tu. Tapi disebabkan aku tak laratnye pun nak sampai atas tengok tapak arkeologi, aku berhenti sekerat jalan je. Dah la masa tu sakit pompuan aku datang. menggigil-gigil aku nak mendaki. Tapi berbaloilah sebab view dia chantek gila.

berbaloi-baloi (tangkap gambar guna kamera hp je)


bliss



Sampai kat pekan Semporna dalam pukul 6.30pm. Singgah makan kat pekan Semporna sebelum bergerak ke SMK Bugaya untuk bermalam di sana. Malam tu kitorang takde program, cuma raptai untuk program keesokan harinya (21 Jun). 

curi tulang. 
oh ya yang baju putih tu Dayah, tudung coklat tak pandang kamera tu CT. Kawan kepada Yati n Pretty. Inilah 'geng' aku kat Semporna. ;)



Esok harinya program motivasi untuk 9 buah sekolah menengah di daerah Semporna. Pagi buat program motivasi dan petangnya majlis penutupan. Masa majlis penutupan tu aku jadi mc terjun. mc asal pergi tawau ada hal so AJK Protokol takut mc asal tak sempat balik sebelum majlis mula so aku jadi back up. 2 minit sebelum VIP sampai mc asal pun muncul tapi dia suruh aku teruskan je. Aku pun terjun je lah gaya bebas sampai nama pegawai pelajaran daerah pun aku salah sebut. Dem. Tapi salah sekali je lah pastu aku sempat diperbetulkan. Tapi lagi dem bila kitorang (mc ada 2 orang) lupa sebut nama sebuah sekolah untuk naik pentas terima cenderahati. Padahal PK HEM dia ada je datang. Aku pun baru tau benda ni masa post mortem. Double dem. 



muka ceria seolah-olah mendapat motivasi baru. ceeewahhhh



Program tamat pukul 3.45pm camtu. Awal habis. So cepat-cepat bersiap sebab nak check out. Malam tu kitorang nak tido kat homestay (ke challet?). amboi laju je kalau dengar camtu. ni nak buat program ke nak jalan-jalan ni? (suatu suara bertanya). Dua-dua. 

orang terawal yang sampai di tempat penginapan yang baru. over kau jahhh.


Pengarah program larang kitorang (perempuan) mandi, sebab nak bagi adil kat budak lelaki. Budak lelaki lambat sampai so bila diorang sampai konon nak terus gi dinner la. Biar semua sama-sama tak mandi. Sekali bila budak lelaki sampai, semua gi mandi. Budak pompuan lah yang jadi mangsa tak mandi. Ini tidak adil! 

teka sape yang dah mandi -..-'


Malam tu kitorang dinner kat restoran Anjung Lepa. Aku agak ni restoran sekali dengan hotel sebab sebelah dia Seafest Hotel. Tisu kat meja kitorang pun tulis Seafest Hotel so aku agak makanan hotel lah kat Anjung Lepa tu.




ini Seafest Hotel. bersebelahan dengan Anjung Lepa.

Habis makan, terus balik tempat penginapan dan mandi. Memula nak borak-borak dulu ngan Yati, Pretty, CT n Dayah (itu plan awal sampai beli snek lebih kat Giant buat makan2 sambil borak). Tapi impian tinggal impian. Gara-gara kepenatan dan keselesaan bilim yang melampau semua lelap dengan cepat dan bermimpikan Pulau Mabul yang akan dilawat esok hari. ;)

Update minggu depan.




Cuti

Apakah salah satu pengalaman terindah apabila bergelar student? Cinta kampus? Mungkin. Jadi MPP? Oh great. Repeat paper? Naaahh. Ikut program anjuran U? ABSOLUTELY. Aku ini walaupun sudah sem 4, tapi aku  lah manusia yang paaaaaling malassss join aktiviti U ni. entah la kenapa. Padahal masa sekolah dulu aku aktif kot. Mungkin aku dah terkena sindrom BOSAN. Namun begitu, aku tidaklah pula membiarkan kemalasan itu membelenggu diri lantaran memikirkan kekurangan pengalaman dan juga sijil yang aku miliki. Aku khuatir jika kecetekan ilmu membuatkan aku gagal menempuh alam praktikum nanti. Cessss ayat nak skema je puihhh!!

So hari tu, dua hari lepas pulang ke rumah manis rumah, aku gerak pegi Program Dikayuh Pangataian anjuran IKSAS (Ikatan Sepadu Anak Sabah) UPSI. First time la aku ikut program cenggini. 4 hari kitorang buat program start dari KK-Sandakan-Semporna. Best lah. FYI, walaupon aku ni anak jati Sabah, aku tak pernah pegi Semporna okayy. Jauh kot Semporna. Nasib baik aku tak muntah dalam bas.

So here starts our journey.....

19 Jun, semua berkumpul kat KK. Kitorang bertolak ke Sandakan dalam pukul 10am camtulah sebab kitorang singgah ambil beberapa orang peserta program kat airport. Kat KK, kitorang singgah Menara Tun Mustafa aka Yayasan Sabah dulu. Saja amek gambar kenangan sebab ada sesetengah peserta yang bukan orang KK tak pernah gi situ. Aku takde amek gambar kat situ. Yelah rumah aku dekat je kot dengan menara tu. Bosan dah aku tengok. LOL. Pastu kitorang singgah UMS. Ambil gambar jugak. Ni pun aku tak camwhore sensorang sebab bosan dah. Masa amek gambar ramai-ramai je aku join.

Actually kan aku takde geng tau join program ni. Maksud aku, geng yang boleh huha-huha sekali dengan aku. Kalau kawan-kawan ada je kat sini tapi bukan yang boleh duduk semeja makan sama-sama mengumpat sama-sama. Aku jadi lone ranger. Memang kalau dalam persatuan IKSAS pun aku lone ranger. Aku kenal je semua JK tertinggi dia tapi hakikatnya aku sorang-sorang je. Kalau nak cakap benda-benda formal boleh tapi kalau nak cakap merepek, tak in. Masa kitorang singgah kat kedai makan untuk lunch, aku cuak dah. Aku benci gila moment di mana kau kena makan sorang-sorang padahal orang lain ada geng. Takkan aku nak masuk geng orang kan? Bukanlah aku sombong tapi aku tau cara pompuan bergeng. Kalau lelaki rilek je jabat tangan terus boleh duduk makan semeja sebab dorang sembang benda-benda general macam bola, politik (kot) etc. Kalau pompuan ni kau takleh sembarang masuk geng. Aku tau lah sebab aku pon rasa awkward bila orang lain masuk geng aku. LOL

Tapi alhamdulillah.. Allah Maha Penyayang. Masa gi makan tu aku duduk semeja dengan dua peserta perempuan ni. Memandangkan diorang berdua je kan so aku berani la nak join sekali. Cer punya cer rupanya yang sorang ni memang kenal aku. Dia kawan kazen aku masa sekolah dulu. Kazen aku tunjuk FB aku kat dia. Lama-lama sembang aku rasa macam in je aku dengan diorang ni. Nak-nak lagi kitorang memang sama-sama sem 4, so senang lah cer. Dorang major sejarah, aku minor sejarah, so bila awal-awal perkenalan tu cerita pasal subjek sem depan kira dapat masuk lah kan. Cessss first impression kena lah sembang akademik sikit. LOL. Since that day aku join je mana dorang pegi. Dorang pon macam paham je kan aku ni kesian takde geng jadi dorang tak mengabaikan aku. haha sedih gila keadaan aku.

dari kiri : aku, Yati, Pretty @ Ann (dia ada 2 nama panggil je mana anda suka).

Itulah mereka yang menceriakan hari-hariku sepanjang 4 hari program berjalan. Yang sudi meregister bilik sama-sama dengan aku walaupun akhirnya kitorang dipisahkan sebab tak cukup bilik dan yang sudi kejut aku bangun pagi walaupun bilik aku kat atas dorang kat bawah. 

Cerita belum habis. Lain hari wa sambung. 

Friday, June 15, 2012

Setiap Gambar Ada Lagu (untuk dia heyy untuk dia untuk dia....)

Hari ney aku paper minor sejarah. Alhamdulillah esok last payyyyyypeeerrrrr pastu boleh balik KK yuhoooo..  Semalam aku meluangkan masa beriadah dengan mencipta lagu. Lagu la sangat. Nasib baik dapat jawab paper tadi. Kalau tak nangis tak berlagu la aku. Orang lain ada paper study kat library. aku lak study kat taman. Jadi kalau tak menyampah silalah menatap setiap gambar ada lagu di bawah. 




Lagu pertama. 

Kau sempurna bagiku, tak kurang sesuatu,kau terima apa adakuuuu.. 
(aku tengok gambar ney terus lagu tu berkumandang d telinga. ceiitttt)



Lagu Kedua

kita berkenalan hanya dalam laman muka buku..aku tak habis paper lagi tapi aku pegi outing oh owuowuo.. aku memang la ohsem.. (lagu apakah?)



Lagu Ketiga

you don't know o oh.. you don't know me beautifool.. -_-'



Lagu Keempat

tiada keretaku bawa kau jalan-jalan..basikal ku pun ini atok aku yang punya..



Lagu Kelima

matanya lirik-lirik selalu..errrr... (tet!!!! lampu merah Jangan Lupa Lirik)








habis lagu sudah 




kalau ada sape-sape berminat untuk mendapatkan khidmat photographer ni (bukan aku), sila la berhubung dengan beliau (Zell). 




ada orang cakap muka aku macam Mongolian kat pic ney. wat say you?







Saturday, May 19, 2012

Di atas Normal

Pernah tak kau rasa, tiba-tiba kau teringat 'dia'. Dia yang dah lama kau ingat kau dah lupakan. Semua secara tiba-tiba. Tanpa ada kau sms, tanpa ada kau stalk profile FB dia. Perasaan tu macam kau bangun pagi, dan tiba-tiba 'kenapa aku rindu dia?' Aduh ini perasaan kadang-kadang di atas normal. Kaki di kepala, kepala di kaki. Gila kan?

Adik aku pernah cakap, lagu 'tak mungkin kerana sayang' tu lagu orang hipokrit. kalau kau tak sayang buat apa kau kenang, ye tak? Aku rasa ini perasaan yang aku alami sekarang. "kau telah jauh, jauh dariku, tiada ruang di hati buatmu, namun harus ku akui, ada ketika di minda kau menjelma kembali.." puihh!! gila jiwang.

aku pun tak tau la kenapa dengan aku ni kan. Hari tu entah kenapa aku boleh ingat pulak kata-kata dia kat aku dulu. aku pernah cakap kat dia, "kau dah kunci hati aku'" (oke aku tau ini ayat bodoh jiwang budak umo 16 tahun.) pastu dia jawab "aku dah buang anak kunci tu jauh-jauh dalam sungai. biar takde orang jumpa. biar takde orang boleh bukak hati kau selain aku." macam tu lah bunyik ayat dia walaupun bukan sebijik-sebijik macam tu yang dia cakap. aku rasa kadang-kadang apa yang dia cakap tu macam betul. aku tak boleh nak lupa dia 100%. bodoh kan? bukanlah aku tak boleh lupakan dia tu maksudnya aku masih nak dia balik kat aku. bukan. tapi aku rasa macam "kenapa kami putus? kenapa kami harus putus?" janji-janji kami dulu aku masih ingat sampai sekarang. dah 4 tahun kot kami putus. dan kalau kami masih kapel hubungan kami dah cecah 6 tahun dah. kalau kawen mesti anak dah 3 orang (kalau spesis produktif la).

'dia' dah ada orang lain, aku pon dah ada pengganti dia. aku dah teruskan hidup. walaupun selama setahun selepas kami putus aku rasa macam di awang-awangan. bangun pagi nangis, nak tido nangis. sangat bodoh. tapi alhamdulillah aku tak bunuh diri. paling awesome bila aku boleh senyum (fake) bila dia kenalkan aku dengan gf dia. sakit oke. tapi aku teruskan hidup tanpa berharap aku akan jumpa pengganti dia. masa tu aku hanya fikir kalau aku takde bf sampai bila-bila, aku mintak je mak ayah aku carikan calon suami untuk aku. senang cer.

mungkin sebab terlalu terkesan dengan kesakitan-kesakitan lalu tu lah yang buat aku ingat dia. tak sangka chenta seorang budak hingusan umo 16 tahun terkesan sampai sekarang. and kalau kami masih kapel, mungkin kami study sama-sama sekarang. dulu masa aku form 4, dia umo 19 (diploma). dia nak tunggu aku habis sekolah, pastu kitorang plan sambung degree sesama. aduh kenangan tu..please la kenapa aku takleh stop ney.


*huh

Tuesday, May 15, 2012

Hambar

Pergh tajuk aku macam cerpen sepi menanti si dia yang tak kembali. HAMBAR gittewww.. Kalau tajuk novel mesti bajet cer sedey-sedey tangkap nangis srot sret srot sret hingus kan. Tak pun cerita chenta yang bertahun-tahun bahagia hujung-hujung rasa hambar, tawar, takde seri. Oh mengapakah?

Pernahkah anda berada dalam situasi ; anda dah ada pakwe/makwe, kapel dah lama, masing-masing dah kenal sangat diri masing-masing sampai sampai kalau kau nak buang hingus ke nak kentut ke depan dia kau dah tak rasa malu. Kau nampak dia main bola sikit punya chantek jaring gol tapi kau dah tak rasa "ahhhh hensemnya pakwe akuu~!! ahhh hebatnya diaa~!! ahhh i'm your no 1 fan~!!!!"

Pernahkah?

Aku pernah eh ada kawan-kawan aku yang pernah mengalaminya. Lalu terjadilah perkara seperti : your classmate admire kat kau pastu selalu chat dekat FB atas alasan nak tanya keja tanya itu tanya ini (bukan personal) pastu lama-lama pandai keluar sama teman gi makan gi pekan gi library. Pastu bila kau nampak dia dari jauh kau sengih dengan lebarnya. Bila dia tegur kau, kau blushing seblushing blushingnya. Adusss perasaan itu sangat indah sebab kau dah lama tak rasa dup dap dup dap bila kau nampak bf / gf kau. Perasaan itu indah bila kau dapat sms dia pagi-pagi buta wish good morning sebab kapel kau dah lama tak sms kau wish gud morning macam mula-mula berchenta dulu. Perasaan itu indah bila dia caring dengan kau bagitau "jangan lupa makan oke" sebab kapel kau dah lama tak tunjuk caring tanya kau dah makan ke, dah mandi ke bla bla bla. Serba-serbinya indah. Sampai satu tahap kau rasa kau dah tersuka dia sebab dia suwiittt sangat. Sampai kau fikir mungkin itulah penamat kisah chenta kau dengan kapel kau sebab kau dah jumpa the right person yang boleh buat kau happy.

TAPI

Bila kau dah mula menjebakkan diri dalam kecurangan dan simpan kekasih gelap (tak putus dengan kapel pertama sebab takde alasan munasabah nak mintak putus), kau rasa ada sesuatu yang hilang. Kau rasa kau tak bebas jadi diri kau. Kau nak menguap besar-besar pun kau malu sebab si skandal kau suka kat kau sebab dia ingat kau ayu (dia nampak kau pertama kali masa perkenalkan diri dalam kelas *lecturer suruh. memanglah bajet ayu cakap depan kelas kan). Kau nak gelak kuat-kuat pon tak boleh sebab si skandal akan buat muka annoying (yelah sebab masa mula-mula kenal gelak pon tutup mulut kan). Serba-serbi kau buat rasa canggung. Rasa bukan diri kau sebenar. Then baru kau sadarr yang kesuwitan (kemanisan) yang kau rasa tu hanya perasaan sementara. Temporary storage feeling gitteww.

Masa tu baru tersedar dari mimpi dan angan-angan sindarela, bahawasanya kemanisan yang kau rasa itu adalah tipu semata. Kau tertipu dengan perasaan kau sendiri. Kau dah lama tak rasa ada orang caring dekat kau, sebab hubungan chenta yang lama terjalin tidak memungkinkan seseorang betah untuk mengucapkan "Selamat Pagi Chenta" selama 5 tahun berturut-turut tanpa jelak. Lalu bila orang buat macam tu, kau terus rasa kau jatuh chenta. Walhal kau hanya suka layanan itu, bukan orangnya. Lalu kau menyesal. Kau sedar yang kau hanya sayang dekat kapel kau ; orang yang boleh terima kau seadanya, orang yang boleh kau jawab panggilan 3G nya tanpa basuh muka di pagi hari, orang yang boleh kau ketuk kepalanya bila dia buat lawak bangang.

Perasaan hambar tu ternyata menipu. Tapi ternyata juga percintaan yang terlalu lama itu buat kita rasa bosan. Mungkin cara yang terbaik mengelakkan rasa bosan selepas kahwin ialah dengan bercinta kejap pastu terus kawin. "Habis yang dah berchenta lama ney cane pulak?" hah yang tu kau putus dulu. Bila dia masuk meminang baru declare balik. Boleh?