Hate Me or Love Me, just click LIKE. LOL

Pengikut Gua

Monday, December 31, 2012

Kisah Ketam Mengajar Anaknya Berjalan

salam..
okeh ini entri mungkin bakal menyakitkan hati anda. jadi sila jangan teruskan membaca kalau tidak mahu binasa. eh?

baiklah..begini..sebenarnya aku sangat la hairan melihat orang yang suka memberi nasihat, tetapi tidak bersesuaian dengan apa yang dipraktikannya. ramai kot orang spesis macam ni sekarang. dari dulu pun aku rasa memang ramai tapi sejak ada laman sosial ni gejala ini semakin menjadi-jadi. aku bagi satu contoh mudah, si A ini dulunya tidak bertudung. suatu hari dia dapat hidayah lalu dia bertudung. alhamdulillah. lalu sejak detik itu dia merasakan bahawasanya dia harus mengajak rakan-rakan lain untuk berubah sepertinya. lalu saban hari dia akan mengupdate status tentang dosa-dosa orang yang tidak bertudung, orang bertudung nampak manis, bakal suami beruntung bla bla bla... tapi pada suatu hari yang hening, ketika si B sedang melayari mukabuku, lalu ternampaklah beliau akan gambar si A tadi bersama rakan-rakannya sedang beriadah. dan peliklah si B ini apabila melihat pakain si A. ya, si A masih juga bertudung. tapi kenapa lengan bajunya pendek????? apakah dia tidak memahami apa itu konsep aurat? apakah dia fikir bahawasanya dengan menutup rambut sahaja maka dia sudah menutup auratnya dengan sempurna? baiklah, itu tidak mengapa. masing-masing punya dosa pahala. si B tidak menegur lantaran mereka tidak terlalu rapat. mahu ditegur di khalayak (komen gambar), risau akan memalukan si A. seperti pesan imam Syafie,

 "Jika kamu menegur saudaramu dalam sembunyi, maka kamu telah menjalankan tanggungjawabmu, sebaliknya jika kamu menegurnya di khalayak umum, maka kamu telah membogelkannya di depan orang ramai."

tapi makin tidak ditegur, si A makin merasakan dirinya bagus. sampai naik jengkel si B ini. dan rasa kejengkelan itu terus dipendamkan sehingga tercetusnya entri ini.

oke yang kedua pula. masih lagi tentang orang yang cakap tak serupa bikin. tapi situasinya agak lain. boleh juga dikatakan sebagai bikin tak serupa cakap. contohnya, kau dulu budak yang sosial gila. tapi lama-lama kau bertaubat. lalu kau pun merasakan bahawa menjadi tanggungjawab kau untuk menasihati orang dengan menunjukkan teladan yang baik. kau nasihat kat orang macam ni :
"tak baik tau perempuan keluar malam. nanti mengundang fitnah. aku tak pernah keluar malam kecuali untuk hal-hal terdesak je. kalau setakat suka-suka, aku takkan pergi. baik duduk rumah je mengaji. kau dengar lah nasihat aku ni."
helloooo kalau kau nasihat macam tu kat orang yang tak kenal kau takpe. nasihat face to face takpe. tapi kalau kau bagi nasihat camtu kat laman sosial, pulak tu ada kawan lama kau yang sama-sama gi clubbing nampak status kau, memang kau kena bahan kaw-kaw! bukanlah maksud aku orang yang baru nampak 'nur' ni tak layak menasihati orang lain. bukan. tapi please, kalau nak nasihat, jangan sampai menipu. orang akan lebih respek kalau kau nasihat dengan cara jujur macam ni :
"tak baik tau perempuan keluar malam. nanti mengundang fitnah. saya pernah berada dalam situasi awak dan kini saya sedar itu semua hanyalah keseronokan sementara semata-mata. saya tak nak awal menyesal macam saya."
nampak dia punya beza? yang satu bajet malaikat, satu lagi manusia khilaf yang telah kembali ke pangkal jalan. aku prefer nasihat yang kedua.

oke yang ketiga (apa banyak sangat aku tak puas hati ni?)
yang ini sama dengan situasi kedua, cuma vice versa. kalau tadi orang tu bajet tak pernah buat salah, yang ini pulak menasihati atau mengumpat orang lain dengan yakin tapi last-last dia kena balik. contohnya macam ni :
"aku tak mainlah nak show off boyfren kat FB. siap cover photo gambar berdua. yucks.."
itu kata-kata sebelum ada boyfriend. setelah ada boyfriend, bukan takat cover photo, semua album dia penuh dengan gambar boyfren. hari-hari instagram gambar dia gi dating. kalau main tweet lak macam diorang berdua je saling mengikuti (follow). kat FB status pun 'married'. apakah? spesis macam ni pernah aku jumpa. bukan setakat bab kapel je, tapi macam-macam aspek ada. macam geli tau. yelah mula-mula kau respek pendirian dia tak buat macam ni macam tu tapi last-last, apa sudah jadi? macam kau nak bagi kaki je.

huh..panjang bebelan aku hari ni. okelah takat tu je. Selamat Tahun Baru!

p/s : takde wish panjang-panjang sebab aku tak pandai bagi wish. kbai


2 comments: